Seni & Sukan 28 Apr, 2020

KENA TAHAN!! NAIK MYVI BERSAMA 2 LEMBU CURI

@zaain zin
Wartawan Utusan Malaysia selama 10 tahun. Pernah berkhidmat di Kuala Lumpur, Sarawak dan Kelantan. Kini beralih kepada bidang penyiaran, namun kekal aktif menulis tentang pelbagai perkara.

Share this

SEORANG pemandu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di berhampiran tali air Kampung Lembah, Semerak, Pasir Puteh pada Jumaat, 24 April 2020, didapati tidak merayau bersendirian di dalam kereta Perodua Myvi dinaikinya. Lelaki itu sebaliknya didapati turut mengangkut dua ekor ‘penumpang’ iaitu sepasang lembu jantan dan betina dewasa. : KitaReporters


Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam, suspek warga tempatan berusia 28 tahun dipercayai baru sahaja mencuri haiwan ternakan terbabit sebelum menyumbat mereka di tempat duduk belakang kereta.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, ketika ditemukan, dua haiwan berkenaan dalam keadaan ‘lalok’.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan pula membawa kepada penemuan peralatan yang digunakan bagi membantu suspek melakukan jenayah tersebut iaitu ubat pelali, jarum suntikan, sebilah pisau dan sebatang paip PVC.

“Kita percaya suspek menyumpit pelali pada lembu-lembu itu untuk melemahkannya sebelum mengheret mereka memasuki kenderaan dan melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai kes tangkapan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, hari ini Selesa, 28 April 2020.

Difahamkan, lembu-lembu curi terbabit mampu dijual pada harga sehingga RM6,000 seekor di pasaran tempatan.

Suspek ditahan reman bermula 25 April hingga Rabu, 29 April 2020 dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri; Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Kes turut disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No.2) 2020 kerana melanggar PKP.

Dalam perkembangan sama, Mohd Azmir memberitahu, pihaknya sedang mengesan seorang wanita, Nurul Asdayanti Mohamad bagi membantu siasatan kes tersebut.

Wanita berusia 29 tahun dan beralamat di Kampung Pantai Baru, Bachok itu diminta hadir memberi keterangan di balai berhampiran secepat mungkin. - KitaReporters   

 

0
1
0
2
0
You will be interested