Seni & Sukan 08 Feb, 2023

Video| Air dicincang tak akan putus! Famili Duo rapatkan kembali Osama, Zaki Yamani! RM100k untuk ibu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Kasih kembali bertaut lantaran 'Duo Famili'


"AIR dicincang tak akan putus." Begitulah yang dialami saudara berlainan ibu, Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17, iaitu anak kepada penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah.

Hubungan mereka agak renggang beberapa tahun lalu ketika Zaki masih di darjah 2 dan berusia 8 tahun, sementara Osama belajar di sebuah sekolah seni ketika itu berusia 11 tahun.



Namun hubungan dua beradik sebapa ini kembali rapat apabila dua bulan menyertai pertandingan ‘Famili Duo’ musim 2 TV3 dan sering bertemu sehingga menjadi juara pertandingan itu pada Ahad, 5 Februari 2023. 

Kehadiran ayah (babah) mereka, Jamal Abdillah yang duduk di barisan hadapan penonton meniup semangat terhadap duo ini untuk memberi persembahan terbaik.

Jamal Abdillah (kanan) turut hadir bagi memberi semangat kepada duo Yamani

Sebelum itu babah mereka cuma memberi memberi ucapan semangat melalui paltform WhatsApps dan menyatakan hanya akan datang jika dapat memberi persembahan untuk menjadi juara.

Ini membuat bukan sahaja dua juri, Mas Idayu dan Ajai memberi tepukan berdiri (standing ovation) dan penonton memberi tepukan gemuruh, berpuas hati dengan persembahan mereka.


Duo ‘Yamani’ ini menyampai lima lagu untuk dua segmen. Segmen pertama ialah lagu yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL). Satu lagi segmen ialah ‘Pilihan Bebas’.

Duo ini menyampaikan lagu medley ‘Pelukan Angkasa’ (SOG & Shila Amzah) dan ‘Potret’ (Akim & The Majistret) pada pusingan pertama dan medley lagu ‘Hutang’ (Floor88), ‘Bunga’ (Altimet) dan ‘Kau Pun Sama’ nyanyian asal Syamel.



Ketika diwawancara dalam program ‘Wanita Hari Ini‘ (WHI) TV3 pada Isnin, 6 Februari 2023, dua beradik ini menyatakan mereka akan mengekalkan nama ‘Yamani’ dalam persembahan bersama mereka pada masa akan datang.

Namun  mereka masih boleh membuat persembahan solo.

Pasangan duo ini turut mengucap terima kasih terhadap pihak pengurusan iaitu Rusa Music dan kru yang membantu menjayakan konsep dan persembahan mereka.


Bahagikan hadiah kemenangan untuk kedua-dua ibu

Sementara itu dalam sesi bertemu dengan media selepas pertandingan, duo ini menyatakan akan menghadiahkan wang kemenangan sebanyak RM100 ribu secara bersama dengan ibu masing-masing. 

Ini kerana kedua-dua ibu memberikan sokongan terhadap kerjaya seni anak mereka. 

Osama merupakan anak kepada Intan Noraina Mohd Yusof iaitu bekas isteri kedua Jamal Abdillah. Sementara Zaki adalah anak kepada Fatimahzahra Abd Samad Iaitu isteri ketiga Jamal.

Noraina turut hadir menyaksikan persembahan Yamani. Namun duduk di kerusi bahagian tengah penonton, tidak sebaris dengan bekas suaminya.

Duo Osama dan Zaki Yamani menewaskan duo Ayda dan Fyna Jebat sebagai naib juara, duo Wany Kayrie dan Bella Astillah di tempat ketiga dan duo  Naim Danial dan Sissy Imann di tempat keempat. - KitaReporters


Duo Yamani memberi persembahan bertenaga menghiburkan juri dan penonton

14
12
0
14
0
You will be interested