Seni & Sukan 20 Dec, 2022

Video| Balan Kash pilih Hazama! Nyanyi lagu Melayu pertamanya, Terima Kasih! Cerminan refleksi hidup!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Balan Kash (kanan) pilih Hazama untuk lagu Melayu pertamanya, 'Terima Kasih',


AKHIR-AKHIR ini, banyak pula lahirnya lagu-lagu yang berdasarkan kisah di sebalik penyanyi atau pun komposernya  seperti Shila Amzah melalui lagu ‘Jauh Hati’ mahu pun lagu ‘Sejuta Maaf’ nyanyian Liza Hanim karya Sirkhan berdasarkan kepada kisah benar.

Terbaharu, lagu ‘Terima Kasih’, kolaborasi Hazama bersama penyanyi berkuturunan India, Balan Kash, tidak terkecuali.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Hazama


Berbanding Hazama Azmi, 38, yang tidak perlu diperkenal lagi, tentu ada yang tertanya-tanya siapa Balan Kash?

Dalam industri muzik Malaysia khususnya dalam kalangan peminat lagu-lagu Tamil, pemuzik rap berbakat serba boleh, Balan Kash ini bukanlah calang-calang orangnya. 

Mampu menguasai tiga bahasa, beliau juga mempunyai rekod penstriman sebanyak 20 juta sepanjang kariernya dalam bidang muzik. 

Sehingga hari ini, beliau pernah bekerjasama dengan beberapa nama hebat lain seperti Joe Flizzow, Reshmonu, Anirudh Ravichander, Santesh dan ramai lagi.

Selepas berjaya menembusi pasaran Kollywood dan dunia hiburan, baru tahun ini, Balan Kash cuba mengintai peluang baru dengan melancarkan lagu berbahasa Melayu pertamanya, ‘Terima Kasih’.



Lagu tersebut yang didanakan menerusi geran Cendana dan My Creative, menyaksikan Balan berkolaborasi dengan Hazama.

‘Terima Kasih’ merupakan sebuah lagu yang nyata, dan refleksi jujur tentang hidup saya," cerita Balan. Menurutnya, makna di sebalik lagu itu lebih besar daripada perkataan ‘Terima Kasih’ itu sendiri.

”Lagu ini menyedarkan saya, bagaimana rasa syukur itu mampu memberikan semangat untuk terus memulakan hari dan menerima apa sahaja yang terjadi, sama ada yang baik, yang buruk, yang tinggi atau yang rendah. Rasa tenang ini boleh hadir dengan mudah apabila kita sering bersyukur untuk setiap perkara,” tambahnya.

Balan memberitahu, lagu tersebut dicipta  bersama  rakan duo yang banyak menerima anugerah, Mambang dan Navin ‘Navigator’ Kumar ketika negara berdepan pandemik COVID-19.



“Korus lagu tersebut merupakan idea daripada saya sendiri, selepas muncul nspirasi ketika mahu menidurkan anak perempuan yang berusia dua tahun,” kenang Balan sambil menambah kata, dek kerana rasa cinta dan minat yang mendalam dalam muzik, beliau berpeluang berjumpa dan bekerjasama dengan orang-orang berbakat seperti Hazama, idolanya.

Jelas Balan, lagu ‘Terima Kasih juga tentang bagaimana kegigihannya bekerja dan mengusahakan apa yang  disukai semata-

mata untuk menyara keluarga. 

‘Terima Kasih’ juga menceritakan siapa saya pada hari ini dan bagaimana saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi juga sebagai seorang anak, bapa, suami dan rakan.” 

Sehubungan itu, video muzik ‘Terima Kasih’ merupakan adaptasi hidup Balan, dan bagaimana beliau membentuk dirinya sebagai seorang artis- bermula dari seorang penyanyi indie yang gigih menempa nama dan kini, beliau boleh berbangga selepas mempersembah lagunya sendiri, 'Start That Thiruvizha' pada konsert Anirudh baru-baru ini.



Sementara itu, Hazama memberitahu,  beliau sudah lama mengikuti bakat Balan dan karya-karyanya yang hebat sepanjang kariernya.

"Saya teruja apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan nama besar daripada industri muzik Tamil. Sebenarnya, banyak bakat-bakat tempatan yang kurang menerima perhatian daripada media dan orang ramai kerana mereka tidak menyanyi dan melakukan persembahan dalam Bahasa Melayu. Namun, kita semua adalah rakyat Malaysia dan saya mengharapkan kerjasama merentasi bahasa ini dapat diteruskan lagi,” Hazama berpendapat.

‘Terima Kasih’ telah dilancarkan oleh Believe Music di semua platform penstriman digital pada 16 Disember lalu manakla  video muziknya  pula akan dilancarkan pada 20 Disember 2022 pada laman YouTube label muzik Balan sendiri, Third Eye Music. - KitaReporters


10
17
0
17
0
You will be interested