Seni & Sukan 06 Apr, 2023

Video| Raya Serba Baharu - Barulah Raya! Filem web raya Mr DIY! Nilai memberi, membantu musim raya!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kumpulan Mr DIY (M) Berhad telah melaksanakan satu lagi idea yang hebat pada musim perayaan ini. 

Filem web bertemakan Hari Raya Aidilfitri berjudul "Raya Serba Baharu - Barulah Raya" yang dihasilkannya menyampaikan pengajaran yang bermakna tentang nilai memberi dan membantu pada musim perayaan. 

Filem web selama 4 minit itu memaparkan dua wanita muda, Ara dan Wanie, yang merupakan sahabat dari zaman kanak-kanak. 



Wanie terkenal dalam kalangan rakan-rakan di sekolah sehinggalah Ara berpindah ke sekolah tersebut dan mengambil alih populariti Wanie. Mereka bersaing dalam segala hal, dari pertandingan menyanyi, menari dan pertandingan bakat, sehinggalah pelajaran, pakaian, hobi, sukan, dan media sosial. Perkara ini berterusan sehingga mereka dewasa.

Seorang rakan sekolah mereka, Ema yang menyedari ada konflik yang tidak selesai antara Ara dan Wanie telah mengambil inisiatif sendiri. 

Dia mencabar kedua-duanya untuk bertanding menghias rumah-rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) sempena Hari Raya Aidilfitri. Hiasan rumah yang mendapat ‘like’ paling banyak dalam media sosial akan memenangi pertandingan tersebut.

Ara dan Wanie menerima cabaran itu dan memberi sentuhan dekorasi baharu pada rumah-rumah tersebut, sambil membuat pelbagai hantaran dalam media sosial untuk memberi makluman terkini kepada para pengikut mereka. 

Pada hari penjurian, Ara dan Wanie akhirnya menyedari bahawa rumah-rumah yang mereka hiasi adalah milik seorang ibu tunggal yang mempunyai tujuh anak dan sebuah keluarga yang kurang upaya, dan pertandingan itu sebenarnya adalah untuk tujuan amal. 

Mereka akhirnya berdamai dan filem tersebut berakhir dengan tarian antara Ara dan Wanie serta penduduk-penduduk di PPR tersebut.



Menjelaskan rasional di sebalik filem web ini, Ketua Pemasaran Kumpulan Mr DIY, Alex Goh, berkata, "Tema kami tahun ini ialah “Raya Serba Baharu”; ini semua mengingatkan diri kita mengenai perkara yang penting. 

"Filem web ini adalah sebagai peringatan bahawa hari raya bukan sahaja tentang diri kita dan orang tersayang, malah ia juga tentang membantu mereka yang kurang bernasib baik. 

"Kadang-kadang kita terlalu sibuk dalam melakukan sesuatu perkara sehingga kita lupa untuk mengambil berat, berkongsi dan membantu antara satu sama lain. Dan filem web "Raya Serba Baharu - Barulah Raya'' menghidupkan mesej ini."

Buat julung kalinya, syarikat peruncitan ini juga telah menghasilkan lagu khas "Raya Serba Baharu" untuk menghiburkan rakyat Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri kali ini (2023).

Goh menambah, "Kami berkolaborasi bersama dengan dua selebriti terkenal, Wani Kayrie dan Ara Johari dalam filem web ini, dan kami amat berbesar hati kerana mereka turut menyertai kami dalam sebuah program impak komuniti untuk komuniti di PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur."

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem web Hari Raya Aidilfitri yang menyentuh hati ini dalam platform rasmi Mr DIY di Youtube, Facebook, Instagram, dan TikTok. Tonton versi penuh di sini: https://youtu.be/b3XCqiF0slw. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
5
0
16
0
You will be interested