Seni & Sukan 25 Mar, 2023

Video| Impak Maksima| Fasha Sandha yang ku kenali! Disiplin jadi faktor rezeki! Dilantik Duta Alfaro!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Fasha Sandha bersama Wahid Ali (kiri} dan Irfan pada majlis Alfaro bersana media,


Kak Fas serigkali melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur memandangkan di situlah lazimnya laluan untuk Kak Fas menjamu selera mahu pun menuju ke Masjid India berdekatan namun sejujurnya tak pernah perasan wujudnya sebuah kedai jenama tekstil terkemuka yang dinamakan Alfaro.

Jenama ini rupanya sudah 16 tahun berada di pasaran. 

Pengenalan Kak Fas pada kedai ini semuanya gara-gara pelakon yang baru-baru ini viral disebabkan kecederaan pada matanya, Fasha Sandha, 38, yang dilantik sebagai duta koleksi pakaian jenama tersebut.

Barangkali ada hikmah di sebalik apa yang berlaku waima rezeki Fasha tidak putus-putus walau pun lambakan pelakon-pelakon baharu menarik perhatian ramai. 

Mengenali Fasha Sandha sejak sekian lama, beliau seorang artis yang cukup disiplin terhadap waktu dan jujur dalam setiap tutur katanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Fasha Sandha


Bersama Fasha.


Dan Itulah antara faktor yang menjadikan pemilik bernama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ini seorang yang disenangi setiap produser serta krew produksi.

Dan ini jugalah antara penyebab kenapa pengasas Alfaro, Farooq Ahmed memilih Fasha sebagai duta jenamanya sempena mempromosikan  koleksi Ramadan dan Raya Alfaro selama dua tahun bermula tahun ini (2023).

Menurut Farooq Ahmed pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan Fasha Sandha kerana aktres itu memberi pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung dapat memperkenal jenama Alfaro dengan lebih meluas.

“Ini adalah jalinan pertama kami bersama selebriti terkenal dan saya yakin kerjasama dengan Fasha Sandha akan memberi impak besar kepada perniagaan kami. Seperti semua tahu, Fasha Sandha juga mempunyai komitmen yang sangat tinggi selain disiplin kerja yang bagus dan ia buat saya tertarik kerana dua kriteria ini penting untuk seseorang mahu berjaya,” ulas Wahid Ali selaku Pengarah Urusan mewakili pengasas Alfaro, Farooq yang masih berada di Dubai, pada majlis menyambut Ramadan Alfaro dan media yang turut dihadiri Fasha Sandha bertempat di kedai Alfaro di Jalan Tuanku Abdul Rahman baru-baru ini.  

Turut hadir Irfan selaku Eksekutif Jualan dan Pemasaran Alfaro serta barisan model-model terdiri daripada kakitangan Alfaro  yang menggayakan koleksi Alfaro. 



Khabarnya, ini julung kali Alfaro mengambil langkah melantik seseorang selebriti sebagai duta koleksi pakaian mereka dan Kak Fas bersetuju Fasha antara artis bukan baharu dan bukan juga otai tetapi mampu mewakili dua generasi lama dan muda memandangkan selama berada 21 tahun dalam industri, Fasha masih mampu meraih gelarah Pelakon Meletop pada Anugerah MeleTop Era 2021 sejak terakhir memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) dalam Anugerah Skrin 2017.

Sementara itu, mengulas kenapa beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama Alfaro, Fasha melihat keikhlasan pemiliknya yang bersungguh-sungguh dalam memastikan produk keluarannya berkualiti tinggi buat pembeli. 

“Saya berbesar hati apabila diberi peluang bekerjasama dengan Alfaro dan berharap dengan penglibatan saya mampu membuat jenama ini lebih dikenali ramai. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sehingga memberi kesan buat kita semua, saya mahu orang ramai turut merasa baju raya yang berkualiti dengan harga yang sangat berbaloi,” jelas Fasha terus terang.



Menurutnya, ketika hadir di kedai tersebut, beliau terpegun dengan koleksi abaya Dubai yang cantik dan elegan yang memenuhi Tingkat 3 pada kedai 7 tingkat itu.

“Betul, semua cantik-cantik belaka. Saya cakap bergini bukan keran saya dilantik sebagai dutanya tetapi memang semua cantik malah lebih penting  ia berkualiti,” ujar Fasha.

Memang benar, kata Fasha, Kak Fas yang mendengar komennya terus ke Tingkat 3 untuk memastikan kebenaran bagai yang dikata,

Wah! Memang betul, abaya rona hitam kesemuanya memang cantik desainnya hingga kelabu pula mata Kak Fas mana satu yang tercantik.

Seperi kata Fasha. apabila menerima apa apa tawaran untuk produk beliau cukup teliti dan jika ia tidak menarik atau sesuai dengan cita rasanya beliau akan menolak.

Tidak mahu ‘menipu’ sekadar wang ringgit dan beliau juga begitu prihatin terhadap orang sekelilingnya waima ketika insiden yang berlaku di set penggambaran hingga mengalami kecederaan terus pada matanya, Fasha masih tidak mahu menyusahkan pihak produksi.



“Abang An (panggilannya pada Azhan Rani) menangis bila tengok keadaan saya dan saya tidak menyalahkannya kerana itu adalah satu ‘kemalangan’ yang tidak diduga. Malah ketika cedera parah pun saya masih risau ia boleh menyebabkan gangguan pada jadual penggambaran,” cerita Fasha sambil memberitahu walaupun nampak okey pada luaran namun masih ada darah beku di dalaman dan masih perlu pengawasan doktor.

Pun begitu, Fasha Sandha tetap berkeras mahu terus sambung berlakon kerana katanya, “saya kasihan pada krew-krew kerana itulah punca pendapatan mereka, jika penggambaran ‘Anak Tuan’ terhenti semua akan terbabit dan akan timbul kesukaran."



Itulah Fasha Sandha yang Kak Fas kenali. Dulu dan sekarang sama sahaja. tidak pernah sombong dan sentiasa merendah diri.

Tidak hairanlah rezekinya sentiasa berlimpah ruah! 

Fasha sentiasa komited dengan tugasannya. - KitaReporters 


18
8
0
8
0
You will be interested