Seni & Sukan 16 Apr, 2023

Video| Perkeso turut hasilkan video raya! Iklan Bangkit Raya! Ayuh bangkit semula daripada kesukaran!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Tahun 2023 adalah tahun kebangkitan buat semua. Sempena Syawal tahun ini, Perkeso buat julung kalinya mempersembah sebuah video iklan raya bertajuk “Bangkit Raya”.

Mengangkat semangat ‘Kebangkitan’ sebagai tema, video ini membawa pelbagai nasihat yang mampu membuka mata penonton akan kepentingan perlindungan keselamatan sosial buat diri dan keluarga mereka. 

Penekanan terhadap nilai tanggungjawab dan kekeluargaan disampaikan menerusi jalan cerita yang santai serta diselangi unsur komedi.  

Melalui video iklan raya ini, Perkeso ingin penonton terus bersemangat, sentiasa berusaha untuk bangkit semula daripada segala kesukaran yang dihadapi. 



Menurut Roshaimi Mat Rosely, Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, “Bangkit Raya” mengisahkan semangat kebangkitan seorang pemuda yang menganggur bernama Ayie.

“Beliau asalnya bersikap berat tulang namun setelah kehilangan ayah tercinta, Ayie sedar akan tanggungjawab yang harus dipikul oleh beliau. 

"Oleh itu, Ayie bangkit untuk meneruskan legasi perniagaan kuih bangkit keluarga yang selama ini telah menjadi punca pendapatan utama keluarga mereka,” kata Roshaimi.

Tambah beliau lagi, video iklan raya ini bukan sekadar ingin menonjolkan semangat kekeluargaan sempena hari raya yang bakal menjelang.

“Video “Bangkit Raya” mengangkat maksud bangkit, iaitu satu perkataan keramat yang boleh mengubah nasib seseorang sekiranya individu tersebut mampu mengubah cara berfikir, mengambil tindakan proaktif demi mencapai matlamat yang diingini berbekalkan sistem sokongan yang baik,” katanya.

Selaras dengan tema Perkeso pada tahun 2023 iaitu ‘Tahun Kebangkitan’, video iklan raya ini juga melambangkan matlamat utama Perkeso yang sentiasa bersedia dalam memberi perlindungan dan bantuan kepada pencarum untuk bangkit semula daripada sebarang musibah yang dihadapi. 

Bersama-sama kita #bangkit dan kekal #Prihatin dengan Perkeso. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
14
0
11
0
You will be interested