Seni & Sukan 12 Sep, 2022

Video| Ini panggung wayang ke stadium? Pekerja pawagam tabah, reda! Sampah kulit kuaci berterabur!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


SEBUAH video menunjukkan pekerja pawagam menyapu kulit kuaci yang bertaburan di bawah kerusi yang ditinggalkan oleh penonton dengan penuh sabar telah meraih pujian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial yang bernama @zzzzzzzue7, kelihatan 3 paket kuaci serta kulit yang bersepah di bawah kerusi tempat duduk penonton yang disapu oleh pekerja tersebut dengan rasa tanggungjawab mengekalkan kebersihan panggung wayang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspek sampah sarap


Saya redha,” ujarnya ringkas menerusi ruangan kapsyen dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial turut memberikan pelbagai reaksi setelah menonton video tersebut yang menjadi tular dengan mencapai lebih 185 ribu tontonan.



“Terima Kasih sebab kebersihan setiap kali masuk panggung terjaga disebabkan pekerjaan yang nampak biasa ini” tulis @Irfan_helmi.

“Penonton buat panggung wayang macam stadium” jelas @Fittt.

“Semoga Tuhan merahmati kamu adik atas kerja kuat,” kata @sureshbala397. - KitaReporters


15
12
0
9
0
You will be interested