Seni & Sukan 10 Dec, 2021

Video| MFMF lebar sayap ke Korea, Taiwan bawa Rindu! Sedia berkolaborasi dengan Blackpink, Tok Ti

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


‘Pergh! Seperti nama keluaran burger edisi terhad yang dihasilkan oleh MyBurgerLab, ‘Percik Power’ sempena pelancaran single ‘Rindu 3’ nyanyian kumpulan trio  MFMF, begitulah juga hebatnya kuasa pada lagu tersebut.

Mana tidaknya, hanya dengan mempertaruhan sebuah lagu sebagai pengenalan pertama mereka di dalam industri seni arus perdana, ‘Rindu’ dikeluarkan dalam trilogi tiga bahasa meliputi Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu.

Dianggotai oleh tiga anak muda tempatan, Brendan Lim (Brendan Lim Seng Meng), Justin Seow (Seow Seng Tack) dan Zhen Yong (Wee Zhen Yong) di bawah nama MFMF, mereka sebelum ini lebih dikenali sebagai kumpulan penulis lagu dan penerbit rakaman bagi beberapa artis popular tempatan antaranya menerusi lagu “Peluang Kedua’ (Nabila Razali) mahupun lagu-lagu yang menjadi siualan anak-anak muda seperti antaranya ‘Stop Lah Being So Cute’ (Harith Zazman), ‘Kais Pagi Kais Petang (Andi Bernadee) mahu pun ‘Lara’ nyanyian Hael Husaini, Hakim Rusli dan Naim Daniel.

Pendek kata, banyak lagi lah lagu-lagu popular yang meletop hasil ciptaan mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan MFMF


Namun kini, MFMF  (singkatan bagi Music For My Friends) tampil untuk mewarnai seterusnya industri bahkan menghasilkan sebuah lagu trilogi, sekali gus dalam tiga bahasa.

Menarik kan, perancangan MFMF, satu lagu tetapi mampu dikembang dan dipasarkan ke Korea dan Taiwan dengan harapan dapat melebarkan sayap ke luar negara waima membuktikan bahawa lagu ciptaan Malaysia mampu setanding artis antarabangsa,

“Sebenarnya, lagu asal ‘Rindu’ dirakamkan terlebih dahulu dalam bahasa Melayu tetapi disebabkan oleh PKP, perancangan untuk nelancarkannya tergendala,” ujar Brendan (gambar bawah, kanan) ketika ditemui pada majlis memperkenalkan  lagu ‘Rindu 3’ kepada media di Co-Labs Coworking The Starling pada 8 Disember 2021,



Sehubungan itu, mereka mengambil keputusan menghasilkan versi Korea terlebih dahulu dengan judul ‘Rindu 1’ berkolaborasi dengan pengubah lagu dari Korea Selatan, Jimmy Brown yang dilancarkan dalam semua platform strim digital pada 26 Oktober 2021.

Manakala ‘Rindu 2’ dalam bahasa Mandarin menyaksikan MFMF berkolaborasi bersama penyanyi Cina tempatan, Gaston Pong dan Madison Lau dilancarkan pada 12 November 2021 lalu.

Dan terbaharu ‘Rindu 3’ dalam bahasa Melayu memperlihatkan MFMF membawa gandingan penyanyi indie Malaysia, rapper Airliftz  (gambar atas, kiri) dan juga Alex Ungku, dilancarkan pada 26 November 2021 lalu.

Airliftz atau nama sebenarnya, Aliff Shaharom merupakan seorang penyanyi dan juga komposer yang berbakat, mula membuat lagu sejak beliau berumur 13 tahun lagi mankala Alex Ungku pula mula menempah nama sejak tahun 2019 sebagai seorang penyanyi R&B yang mampu memikat hati pendengar dengar suaranya  yang lunak dan memikat.



Rindu’ merupakan lagu khas buat golongan yang sering dalam “friendzoned” dan luahan perasaan tertekan kerana cinta yang belum berbalas. 

Sesungguhnya, gabungan MFMF. bersama Airliftz dan Alex Ungku menjadikan lagu berkenaan sebagai pertaruhan pertama mereka dalam dunia muzik arus perdana. 

“Ini juga merupakan kali pertama bagi Airliftz dalam menyanyi dan bukan hanya ‘rapping’ seperti kebiasaannya,” jelas Brandan sambil mendapat anggukan senyuman bersetuju daripada Airlifz yang duduk sebarisnya.



Bercerita lanjut mengenai keunikan Trilogi ‘Rindu’ ini, MFMF melahitkan pemghargaan terhadap kesudian myBurgerLab menghasilkan menu burger edisi terhad khas bagi setiap pelancaran ‘Rindu’ dalam ketiga-tiga bahasa. 

Nama yang berbeza, rasa juga berbeza,’pada keluaran ‘Rindu’ bahagian 3 ini, myBurgerLab telah mengeluarkan burger yang diberi nama ‘Percik Power’ dengan membawa tema Melayu. 

Promosi ini akan dijalankan selama 14 hari mulai 29 November 2021 dan pengunjung myBurgerLab boleh dapatkan burger edisi terhad ini di setiap lokasi myBurgerLab kecuali di cawangan MyTown.

Dalam usaha melabarkan sayap ke peringkat antarabangsa, MFMF telah merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu yang dapat menarik perhatian anak muda dengan bantuan aplikasi TikTok malah turut merancang untuk berkolaborasi dengan artis-artis baru dari YG Entertainment, yang merupakan syarikat pengurusan yang sama bagi artis K-Pop terkenal, Blackpink dan ‘Bigbang’.

Apakah MFMF dapat berkolaborasi pula dengan dua kumpulan K-Pop terkenal itu kelak?

“Oh itu adalah harapan kami jika dapat tetapi apa pun kami rasa puas dapat menyumbangkan sebuah lagu yang diselit lirik bshasa Melayu ke dalam versi lagu Korea itu,” tambah MFMF.


Foto kredit: @ctdk


Itu di luar negara, jika di Malaysia, MFMF tidak menolak untuk bekerjasama dengan artis-artis popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

“Itu juga impian kami agar dapat menghasilkan sebuah lagu untuk Tok Ti apa tah lagi bernyanyi bersama bintang tersohor itu,” ujar Brandan dipersetujui rakan-rakannya.

Menurut mereka, MFMF bersedia untuk berkolaborasi dengan mana-mana artis tempatan selain generasi baharu sekiranya diberikan peluang.

Tidak ketinggalan, untuk lagu Rindu yang menjadi pertaruhan dalam dunia seni ini, MFMF. juga telah mendapat ruangan istimewa untuk mempromosikan single terbaru mereka itu di sebuah Billboard di Bangsaria, Jalan Maarof

Ruangan promosi ini merupakan salah satu cara yang mereka pilih untuk memperkenalkan bukan sahaja nama MFMF. kepada masyarakat di luar sana malah meluaskan pengaruh muzik mereka. 

“Kami juga akan melancarkan sebuah kempen khas buat penyokong muzik MFMF. tidak lama lagi dan semoga dengan usaha yang pelbagai ini akan membawa nama MFMF sebagai komposer yang mengharumkan nama Malaysia di dalam negeri mahu pun di luar negara, - KitaReporters


15
8
0
9
0
You will be interested