Seni & Sukan 15 Dec, 2021

Jijoe dan Lela Olahragawan, Olahragawati 2019/2020? Raja Kayuh dan Dolfin Lulu buru ASN No. 4!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

'SI Roket Saku' Azizulhasni Awang sukar digugat untuk bergelar Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat. - Kredit foto: MSN


TIDAK perlu menjadi saintis roket yang berIQ (tahap kecerdasan) tinggi untuk meneka siapakah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020!

Tidak perlu juga untuk melontar dadu jika masih ragu-ragu apakah jawapan muktamadnya dalam Anugerah Sukan Negara (ASN) Ke-54 pada 21 Disember 2021 ialah Datuk Mohd. Azizulhasni Awang dan Datuk Pandelela Rinong Pamg!

Raja Kayuh berbasikal Malaysia dan ratu akuatik terjun negara yang digelar Dolfin Lulu itu bagaikan sukar dinafikan lagi untuk menggondol pengiktirafan tertinggi sukan oleh kerajaan itu masing-masing buat kali keempat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anugerah

PANDELELA Rinong Pamg (kiri) mengumpul pingat perak dan gangsa Siri Terjun Dunia dan Kejohanan Dunia. - Kredit foto: MOM


Jijoe dan Lela (julukan mereka) disenaraipendekkan antara 10 calon kategori kemuncak ASN di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor itu selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan pada 14 Disember 2021.  

Azizulhasni, 33, merangkul pingat emas keirin Kejohanan Trek Piala Dunia UCI 2019 di Cambridge, New Zealand dengan menewaskan bekas juara dunia, Shane Perkins dan Matthew Glaetzer selain menjuarai acara pecut Kejohanan Asia di Jakarta.

Pelumba basikal kelahiran Dungun, Terengganu itu juga kini menghampiri gelaran Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat selepas meraihnya pada 2009, 2010 dan 2017.

‘Si Roket Saku’ juga bergelar Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2019. 

“Empat calon lain Olahragawan Kebangsaan menurut Jawatankuasa Pemilihan ASN 2019/2020 ialah Mohd. Syahrul Azman Mahen Abdullah (bina badan), Khairul Anuar Mohamad (memanah), Timmy Tan Chye Chern (boling) dan Wong Weng Son (wusyu).

“Calon-calon lain Olahragawati Kebangsaan pula terdiri daripada Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Tan Cheong Min (wusyu), Siti Zalina Ahmad (boling padang) dan Sin Li Jane (boling),” lapor siaran media Majlis Sukan Negara (MSN) pada 14 Disember 2021.


KHAIRUL Anuar Mohamad, pemanah recurve Malaysia. - Kredit foto: MSN


MOHD. Syahrul Azman Mahen Abdullah atau turut mesra disapa Mike. - Kredit foto: MSN 


WONG Weng Son, pendekar acara jianshu wusyu. - Kredit foto: MSN


Koleksi kejayaan Lela, 28, pula merangkumi pingat perak platform 10m Kejohanan Dunia FINA 2019 di Korea Selatan selain perak platform 10 meter seirama dan gangsa platform 10m Siri Terjun Dunia FINA 2020 di Kanada.

Anak jati Kampung Jugan, Bau, Sarawak ini juga pernah bergelar Olahragawati Kebangsaan 2011, 2012 dan 2015.

Namun tentangan sengit dijangka diberikan oleh Farah, 27,  pemenang tiga pingat emas acara serba geri, senaman lantai dan palang bertingkat gimnastik artistik Sukan SEA Filipina 2019 dan Cheong Min, pemenang pingat emas nandao dan perak nanquan Kejohanan Wusyu Dunia di Shanghai, China.


FARAH Ann Abdul Hadi, gimnas artistik pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Filipina 2019. - Kredit foto: MOM


TAN Cheong Min, pemenang pingat emas nandao dan perak nanquan Kejohanan Wusyu Dunia di Shanghai, China. - Kredit foto: MSN


SIN Li Jane naib juara Terbuka Queens Jelajah Boling USBC PWBA di Wichita, Amerika Syarikat. - Kredit foto: MSN 


Jawatankuasa Pemilihan ASN 2019/2020 yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Ramona Mohd. Razali menerima 68 pencalonan untuk 11 kategori daripada persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sebuah piala, piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai RM20,000 masing-masing menanti sebagai ganjaran buat Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020.

Inilah kali pertama ASN merangkumkan dua tahun pencapaian serentak gara-gara pandemik Covid-19 yang masih mengancam dunia sejak penghujung 2019 termasuk dengan kemunculan varian terbaharu, Omicron.

ASN turut menawarkan tujuh lagi kategori iaitu Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

ASN yang diperkenalkan pada 1966 bertujuan mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan para atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan sepanjang tahun. - KitaReporters


Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan:  

1966

M. Jegathesan

Olahraga

M. Rajamani

Olahraga

1967

Tan Aik Huang

Badminton

M. Rajamani

Olahraga

1968

Ng Boon Bee

Badminton

Annie Goh Koon Gee

Bola keranjang

1969

Punch Gunalan

Badminton

Ong Mei Lin

Renang

1970

Ng Joo Ngan

Berbasikal

Radhika Menon

Tenis

1971

Daud Ibrahim

Berbasikal

Junaidah Aman

Olahraga

1972

M. Mahendran

Hoki

Junaidah Aman

Olahraga

1973

Chiang Jin Choon

 Renang

Gladys Chai

Olahraga

1974

Punch Gunalan

Badminton

Rani Kaur

Hoki

1975

Khoo Chong Beng

Olahraga

Sylvia Ng

Badminton

1976

Mokhtar Dahari

Bola sepak

Marina Chin

Olahraga

1977

Shukor Saleh

Bola sepak

Marina Chin

Olahraga

1978

Vasu Subramaniam

Olahraga

Sylvia Ng

Badminton

1979

Khoo Boo Jin

Boling

Shirley Chow

Boling

1980

Rabuan Pit

Olahraga

Katerina Ong

Renang

1981

Misbun Sidek

Badminton

Helen Chow

Renang

1982

Rabuan Pit

Olahraga

Zaiton Othman

Olahraga

1983

Misbun Sidek

Badminton

Norsham Yoon

Olahraga

1984

Michael Chuah

Boling

-Tiada pemenang-

-

1985

Rosman Alwi

Berbasikal

Nurul Huda Abdullah

Renang

1986

Abdul Malek Mohd. Noor

Bina badan

Nurul Huda Abdullah

Renang

1987

M. Kumaresan

Berbasikal

Nurul Huda Abdullah

Renang

1988

Jeffrey Ong

Renang

Nurul Huda Abdullah

Renang

1989

Foo Kok Keong

Badminton

Nurul Huda Abdullah

Renang

1990

Rashid Sidek

Badminton

Lydia Kwah

Boling

1991

Rashid Sidek

Badminton

Lisa Kwan

Boling

1992

Rashid Sidek

Badminton

Lim Ai Lian

Golf

1993

M. Ramachandran

Olahraga

Lisa Kwan

Boling

1994

Nur Herman Majid

Olahraga

Shalin Zulkifli

Boling

1995

Sam Chong

Biliard- snuker

Sharon Low

Boling

1996

Rashid Sidek

Badminton

Shalin Zulkifli

Boling

1997

Cheah Soon Kit & Yap Kim Hock

Badminton

Shalin Zulkifli

Boling

1998

Lim Keng Liat

Renang

G. Shanti

Olahraga

1999

Shahrulneeza Razali

Berbasikal

Nicol David

Skuasy

2000

Sazali Samad

Bina badan

Noraseela Mohd. Khalid

Olahraga

2001

Roslin Hashim

Badminton

Shalin Zulkifli

Boling

2002

Karamjit Singh & Allen Oh

Rali kereta

Shalin Zulkifli

Boling

2003

Nazmizan Mohamad

Olahraga

Nicol David

Skuasy

2004

Josiah Ng

Berbasikal

Elaine Teo

Taekwondo

2005

Lee Chong Wei

Badminton

Nicol David

Skuasy

2006

Sazali Samad

Bina badan

Nicol David

Skuasy

2007

Koo Kien Keat & Tan Boon Heong

Badminton

Nicol David

Skuasy

2008

Lee Chong Wei

Badminton

Nicol David

Skuasy

2009

Azizulhasni Awang

Berbasikal

Nicol David

Skuasy

2010

Azizulhasni Awang

Berbasikal

Nicol David

Skuasy

2011

Lee Chong Wei

Badminton

Pandelela Rinong Pamg

Terjun

2012

Lee Chong Wei

Badminton

Pandelela Rinong Pamg

Terjun

2013

Sazali Samad

Bina badan

Nicol David

Skuasy

2014

Sazali Samad

Bina badan

Nicol David

Skuasy

2015

Mohd. Al-Jufferi Jamari

Silat

Pandelela Rinong Pamg

Terjun

2016

Abdul Latif Romly

Olahraga para

Siti Rahmah Mohamed Nasir

Silat

2017

Azizulhasni Awang

Berbasikal

Cheong Jun Hoong

Terjun

2018

Muhammad Rafiq Ismail

Boling

Amy Kwan

Gimnastik

 

15
13
0
14
0
You will be interested