Seni & Sukan 10 Jun, 2021

Video| Isteri sanggup bunuh bekas kekasihnya! Demi yakinkan suami tak selingkuh, curang lagi!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

MAYAT Tigor dengan kesan tikaman di perut dan di bawah ketiak mangsa ditemukan oleh penduduk kampung di tepi jalan. - Kredit foto: TibunNews


BENAR juga kata orang tua-tua, apabila cinta dan kasih sayang telah memuncak ataupun sedang membara ibaratkan ke lautan api sanggup direnangi tetapi bila ada sesuatu masalah dalam hubungan yang terlarang itu, pasangan terbabit sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan keadaan ataupun dirinya. 

Hal ini terjadi di Kota Jambi, Sumatera pada 24 Mei 2021 lalu, setelah seorang wanita sanggup mengajak suaminya untuk membunuh bekas kekasih gelapnya yang telah terjalin selama setahun yang lalu.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan

PINI Pondriani dan Heriyanto masing-masing memakai baju berwarna oren itu dipercayai terbabit dengan pembunuhan Tigor Nainggolan pada 24 Mei 2021. - Kredit foto: VOI.id


Wanita itu, Pini Pondriani, 26, mengajak suaminya, Heriyanto @ Ade, 36, dan mereka tinggal di Raya Indah Paal 10, Kenali Asam Bawah, Kotabaru, Jambi untuk membunuh bekas selingkuhnya iaitu Tigor Nainggolan, 28, yang merupakan seorang pengusaha koperasi di daerah itu.

Pini bertindak sedemikian semata-mata untuk membuktikan cinta dan kasih sayangnya tidak akan luntur terhadap suaminya selain wanita itu berjanji bahawa dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan Tigor menyebabkan dia sanggup menamatkan riwayat hidup Tigor itu. 


 

PINI Pondriani yang sanggup menikam bekas selingkuhnya pada 24 Mei 2021 lalu akan berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup. - Kredit foto: Tribunnews.com



Tribunnews.com pada 3 Jun 2021 lalu dipetik melaporkan, hubungan sulit yang terlarang antara Pini dengan Tigor sudah terjalin sejak 2020 tanpa pengetahuan suaminya.

Namun kisah perselingkuhan wanita tersebut dengan Tigor itu akhirnya telah diketahui suaminya akibat Pini selalu keluar rumah tanpa alasan yang munasabah menyebabkan pasangan suami isteri itu sering bergaduh.


SEBILAH pisau ditemukan di tempat kejadian yang dipercayai digunakan oleh Pini untuk membunuh Tigor pada 24 Mei 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


Ketika disoal siasat polis, Pini mengaku dia juga mencintai Tigor dan dia terpaksa membunuh bekas selingkuh itu untuk meyakinkan hati suaminya kerana jikalau Tigor masih hidup menyebabkan rumah tangga mereka (Pini dan Heriyanto) tidak akan tenteram selain PIni juga sakit hati terhadap Tigor yang tidak membayar hutangnya sebanyak Rp9 juta (kira-kira RM2,700).

Bagi menyakin hati Heriyanto demi rumah tangga mereka yang dibina sejak enam tahun lalu, Pini mengajak suaminya untuk membunuh Tigor di Jalan Penerangan, Bagan Pete, Alam Barajo, Kota Jambi pada pagi 24 Mei 2021 lalu.


ANGGOTA polis terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk menangkap Pini dan Heriyanto yang bersembunyi di sebuah pondok di kebun di Tebo Ilir, wilayah Tebo pada 2 Jun 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


Mayat mangsa ditemuikan di tepi jalan dalam keadaan tertiarap oleh penduduk kampung dengan kesan tikaman pada perut yang ditikam oleh Pini dan mangsa selepas ditikam dikatakan cuba melawan bekas selingkuhnya itu tetapi mangsa ditikam lagi dibawa ketiaknya oleh Heriyanto yang ada sama di tempat kejadian .

Selepas kejadian tersebut, pasangan suami isteri itu terus menghilangkan diri.


SUSPEK berjaya ditangkap pada 2 Jun 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com 



Ketua Polis Daerah Jambi, Kompol Handres memberitahu pasangan suami isteri berkenaan telah ditangkap oleh polis pada 2 Jun 2021.

Beliau berkata, pihaknya bertindak atas maklumat orang awan yang memberitahu lokasi persembunyian dua suspek terbabit di sebuah kebun di pendalaman di Tebo Ilir, Kabupaten Tebo.

Menurutnya, anggota polis  terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer untuk menangkap kedua suspek itu pada waktu malam kerana lokasi persembunyian mereka agak terpencil dari jalan raya.

``Ketika serbuan di pondok yang didiami mereka di kebun itu, pasangan suami isteri itu tidak melarikan diri sebaliknya mereka menyerahkan diri kepada anggota polis pada malam itu,’’ katanya.

Heriyanto dan Pini, jika disabit dengan kesalahan itu mereka akan berdepan dengan hukumn mati ataupun penjara seumur hidup. - KitaReporters


1
3
1
2
3
You will be interested