Gaya Hidup 07 Jun, 2021

Gara-gara dedah gangguan seksual, Cindy Ong terima video lucah pula! Lapor kepada polis, SKMM!

@rodli nayan @ rodly fadly
Berpengalaman hampir 40 tahun dalam bidang kewartawanan, antaranya sebagai pengarang majalah Arena Bolasepak, Mingguan Sukan dan Bola Perdana, juga bertugas sepenuh masa serta sambilan bersama Berita Harian, Harian Metro, Mingguan Perdana dan Sinar

Share this

Cindy Ong mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia dengan pelbagai kejayaan kategori Masters. - Kredit foto: FB Cindy Ong


LANGKAH bekas perenang kebangsaan, Cindy Ong mendedahkan skandal gangguan seksual dalam kem sukan renang negara, dianggap satu tindakan berani yang seharusnya menjadi amaran kepada pihak lain supaya tidak cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Namun, masih ada individu yang berani cuba ‘bermain api’ dengan perenang itu apabila menghantar video lucah melalui akaun Instargram miliknya pada malam 4 Jun 2021 lalu.

Menurut Cindy, video yang dihantar oleh individu atas akaun bernama 'Solehunter8’ itu memaparkan seorang lelaki sedang melakukan onani.

Walau bagaimanapun akaun itu kemudian sudah tidak dicapai selepas Cindy menyiarkan tangkap layar video berkenaan pada instastorynya sambil menandakan pada pengirim video itu, pihak polis, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM).


Lagi cerita-cerita sukan berkaitan renang


Cindy percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan pendedahan dilakukannya berhubung gangguan seksual dalam kem renang negara 

Susulan itu Cindy turut membuat laporan polis pada 5 Jun 2021 bagi memastikan individu berkenaan disiasat serta menerima hukuman sewajarnya. Dia akan turut membuat laporan kepada SKMM.

Cindy percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan pendedahan dilakukannya berhubung gangguan seksual dalam kem renang negara termasuk kes cabul  ke atas dirinya sendiri semasa remaja dulu.

Dalam pendedahannya, Cindy, 37, mendakwa seorang jurulatih telah mencabul dengan mengusap badannya serta menyentuh payudaranya semasa mereka menyertai satu pertandingan di luar negara.

Menurut Cindy, sebagai remaja yang masih naif ketika itu, dia tidak pasti bagaimana mahu memberi tindak balas kepada perbuatan jurulatih berkenaan.


Cindy memenangi lima pingat emas dan dua perak dalam Kejohanan Masters Dunia di Korea Selatan pada 2019. - Kredit foto: FB Cindy Ong.


Jurulatih yang sama didakwa turut melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 10 atlet lain. Malah Cindy mendedahkan lelaki itu turut cuba mencabulnya ketika dia berusia 20-an.

Walaupun kejadian itu sudah lama berlalu dan jurulatih berkenaan sudah tidak bersama skuad negara namun Cindy berkata dia mendedahkan pengalaman dialami untuk dijadikan oleh atlet-atlet muda agar tidak turut menjadi mangsa.

Atlet kelahiran Ipoh, Perak itu adalah perenang yang kompetitif sejak 1989 dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2004, Athens dengan menyertai empat acara.

Cindy memenangi lima pingat emas dan dua perak pada Kejohanan Renang Masters Dunia di Gwangju, Korea Selatan pada 2019. - KitaReporters


Foto: FB Cindy Ong.

You will be interested

Berita Terkini| Busuk disangka bangkai binatang! Rupanya mayat warga emas! Berbau dan berulat!

Mayat lelaki warga emas berusia 67 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 6 petang Ahad dalam keadaan terbaring dan tidak berpakaian lengkap.

News Editor 1 in Gaya Hidup 15 hours ago

Filem pengarah Malaysia, Chiu Keng Guan cipta sejarah di China! RM8.7j hari pertama tayangan!

Filem Chiu Keng Guan, On Your Mark raih kutipan pecah panggung RM8.7 juta (RMB13.65 juta) hanya pada hari pertama tayangannya di lebih 9,000 buah pawagam China
Fariza Saidin in Gaya Hidup 5 hours ago

Berita Terkini| Sindiket Love Scam: Ibu tunggal ditipu RM1j! 2 tahun sulam cinta secara maya!

Seorang ibu tunggal di Alma, Bukit Mertajam kerugian hampir RM1j selepas lebih 2 tahun sulam cinta secara maya dengan seorang lelaki daripada sindiket Love Scam
News Editor 1 in Gaya Hidup 9 hours ago

Berita Terkini| Gian nak main snuker! 10 lelaki dikompaun RM23k! Berusia di antara 18-40 tahun!

Seramai 10 lelaki yang lepas gian bermain snuker dikompaun RM23,500 kerana melanggar SOP PKP di sebuah pusat snuker di kawasan Taman Bukit Indah, di Johor Bahru
News Editor 1 in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Nasib malang Lee Ji-ah! Cari kebahagiaan sebagai Su-ryeon! Juga luar drama The Penthouse!

Kehidupan Lee Ji-ah di luar layar, luar drama The Penthouse tak banyak bezanya. Pernah lalui episod duka dalam hidupnya sehingga gegarkan industri hiburan Korea
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 12 hours ago