Seni & Sukan 24 May, 2021

Berita Terkini| Dakwaan Sajat di JB sah palsu! Polis dah periksa kondo mewah seperti ditular!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


POLIS Johor menafikan bahawa usahawan kosmetik yang kini dalam buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bersembunyi di Johor Bahru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, polis telah melakukan pemeriksaan di lokasi seperti yang didakwa iaitu di sebuah premis perniagaan terletak di Pusat Komersial Bandar Baru Uda dan sebuah kondominium di Danga Bay pada Ahad, 23 Mei 2021.

"Bagaimanapun, tiada langsung kelibat Sajat di kedua-dua lokasi berkenaan. Saya harap netizen jangan layan sangat isu sebegini. Polis banyak lagi kerja lain, lebih-lebih lagi sekarang ini isu Covid-19 lebih penting.

"Kalau nampak depan mata barulah maklumkan kepada pihak polis. Jika tiada, tak perlu mereka cerita yang membuang masa dan menyusahkan polis," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Isnin, 24 Mei 2021.

Sebelum ini tular dalam media sosial berhubungan penemuaan Sajat di Johor Bahru berdasarkan gambar yang dikongsikannya dalam laman Instagram pada Sabtu, 22 Mei 2021 yang memaparkan lokasi beliau berada iaitu Pusat Komersial Bandar Baru Uda di Johor Bahru.

Pada 26 April 2021 lalu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara berkata, Sajat dipercayai berada di luar negara berdasarkan maklumat terkini pihaknya dan usaha mengesan usahawan kosmetik itu sedang giat dilakukan.

Sajat dipercayai bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
3
2
1
0
You will be interested