Seni & Sukan 03 Jun, 2021

Berita Terkini| Polis Johor keluarkan 82 kompaun! Bernilai RM21k! Dalam tempoh 2 hari lockdown!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


POLIS Johor telah mengeluarkan sebanyak 82 kompaun dalam tempoh dua hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang menguatkuasakan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bermula 1 Jun 2021.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua kompaun tersebut bernilai RM210,500 manakala jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan pihaknya sejak 1 Januari 2021 pula adalah sebanyak 4,423.

Kawasan pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri dan Segamat mencatatkan jumlah pengeluaran kompaun terkumpul tertinggi.

“Antara kesalahan lazim yang dilakukan adalah gagal memakai pelitup muka serta mengimbas MySejahtera dan menjaga penjarakan selain penumpang berlebihan dalam kenderaan dan tidak mengimbas suhu badan ketika memasuki premis.

“Dalam tempoh dua hari itu juga, polis telah memeriksa 17,512 premis bagi memastikan tahap pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan antaranya pasar raya, restoran, pusat komersial, pusat perindustrian, rumah ibadat, terminal pengangkutan, pusat sukan dan rekreasi serta premis penjaja,” katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru pada Khamis, 3 Jun 2021.

Jelas beliau, pemeriksaan berkenaan dilakukan seramai 1,598 pegawai dan anggota yang digerakkan secara aktif di seluruh Johor dengan pematuhan setakat ini berada pada tahap 97 peratus. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KESALAHAN lazim yang dilakukan adalah gagal memakai pelitup muka serta mengimbas MySejahtera serta jaga penjarakan selain penumpang berlebihan. - Kredit foto: freemalaysiatoday.

 

3
3
0
2
1
You will be interested