SELAMA ini dalam program Gegar Vaganza 7 (GV7), Oja cuma memberi persembahan sederhana dan hanya menduduki tangga kelima dan ke bawah sehingga episod keenam. Oja dilihat ramai sebagai peserta yang tidak dapat pergi jauh dalam GV7. Namun berbeza kali ini pada minggu ketujuh. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Gegar Vaganza:
https://kitareporters.com/search?search=gegar+vaganza
Memandangkan pertandingan antara otai-otai di Astro Ria ini semakin menghampiri ke peringkat akhir, para peserta perlu memperlihatkan kelebihan mereka agar tidak tersingkir.
Dan Oja, 41, mula memperlihatkan taringnya dalam minggu ke-7, pada malam Ahad, 22 November 2020.
Oja memberi persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu ‘Amalina’ yang dipopularkan oleh penyanyi keturunan India, Santesh. Dia turut menyampaikan bebeberapa rangkap lagu dalam bahasa Tamil.
Kemampuan Oja menyampaikan lagu ‘Amelina’ dengan baik mendapat pujian juri tetap Datuk Ramli M.S dan Datuk Khadijah Ibrahim serta dua juri jemputan, Saiful Apek dan Ad Samad.
Lalu Oja diumum sebagai pemenang pada minggu ke-7 GV7 dengan memperoleh markah tertinggi iaiu 73.70, meninggal jauh penerima tempat kedua, Ashira yang memperoleh 69.7 markah.
Noraniza Idris hanya mampu menduduki tempat ketiga dengan 69.60 markah. Penyampaiannya melalui lagu ‘Canggung’ yang dipopular oleh Wany Hasnita tidak sebaik ketika dia menyampaikan lagu berirama dangdut India, ‘Bolehlah Boleh’ bersama Amelina pada minggu ke-6.
Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud yang lahir pada tahun 1979 adalah dalam keluarga seni.
Dia adalah anak kepada Nas Atea (Nasmalahan Ismail) yang popular pada awal 1990 melalui lagu ‘Masih Ada Yang Sayang'. Hampir seluruh keluarganya terlibat dalam bidang muzik.
Abang sulungnya Iktiman tidak menjadi penyanyi. Namun hanya terlibat sebagai pemuzik dan sebagai pencipta lagu , penyusun muzik dan penerbit untuk album adik beradiknya, Nas Atea, Afzainizam, Khairol Idlan dan ibu saudara Mastura.
Iktiman dahulu memiliki syarikat rakaman Guntur Record bersama Afzainizam.
Oja mula dalam mula terlibat dalam kegiatan seni sebagai pelakon kanak-kanak melalui drama ‘Alahai Anak Omak’.
Dari kiri, Cliff Umar, Oja, Asyira dan Lnda Nanuwil
Berdasarkan kemampuan Oja ketika menyampai lagu ‘Amalina’ dia mungkin mampu sampai ke peringkat akhir GV7. Sama-samalah kita lihat nanti. - KitaReporters