Seni & Sukan 24 Nov, 2020

Yuna sebaris Jennifer Lopez! Nyanyi live depan ikan-ikan?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

“Waktu seakan berhenti seketika apabila saya menerima tawaran menjadi artis jilbab pertama dari Asia Tenggara yang ditampilkan dalam kempen fesyen global jenama ternama di samping artis terkenal antarabangsa antaranya Jennifer Lopez mahu pun Michael Jordon”. Itu kata penyanyi Yuna penuh teruja. : KitaReporters 


Foto kredit: Instagram @yuna


Lagi kisah-kisah berkaitan Yuna:

https://kitareporters.com/search?search=Yuna


Perasaan itu diluahkan Yuna atau nama penuhnya Yunalis Mat Zara’ai ketika berjaya melakar sejarah tersendiri buat dirinya apabila terpilih antara artis terkenal dunia bagi mempromosikan kempen jenama fesyen terkemuka Coach melalui video bertemakan ‘Where Do You Find Holiday?’ atau dalam bahasa Melayu mudahnya bermaksud ‘Di manakah anda mencari  percutian’, al maklumlah sekarang ni dah tak boleh rentas negeri mahu pun ke luar negara umtuk bercuti tahunan gara-gara COVID-19 kan?

Dan ketika persoalan itu ditanyakan kepada Yuna yang berpakaian jenama Coach, beliau menjawab, ”Di rumah bersama keluarga, suami dan kucing-kucing saya."



Selain nama-nama artis antarabangsa yang kita kenali seperti Jennifer Lopez  (JLo) dan Michael Jordon, turut dibariskan bersama Yuna adalah Camila Morrone, Rickey Thompson, Kim Petras, Kiko Mizuhara dan Quincy

Walaupun ada antara nama-nama itu kita kurang mengenalinya tetapi sudah tentu mereka tidak kurang hebatnya di negara masing-masing sehingga terpilih sebagaimana Yuna yang tentu juga asing bagi sesetengah fashionista.

Apa pun, bagi Yuna beliau tidak sangka sejak mula berhijab pada usia 19 tahun bukanlah niatnya untuk menjadi terkenal, untuk disukai atau pun untuk menjual produk.



“Saya berhijab kerana saya percaya itulah jalan terbaik walaupun mendapat kritikan dan komen daripada netizen. Saya sedar saya harus berani untuk menyanyi lagu ciptaan sendiri, memakai pakaian yang saya selesa ketika dunia belum bersedia menerima wanita berhijab dalam bidang  fesyen,” ujar isteri kepada Adam Sinclair ini.

Itu 14 tahun lalu, tetapi kini, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Mara  (UiTM) Shah Alam ini sendiri tidak menduga pencapaiannya sampai ke tahap global malah dikenali sebaris dengan selebriti antarabangsa seperti JLo.

‘Dan Sebenarnya’ seperti judul lagunya juga, inilah realiti dan pencapaian membanggakan buat pelantun lagu ‘Terukir Di Bintang’ ini.



Sesungguhnya, bintang ini telah mengukirkan satu kebanggaan buat artis Malaysia namun kata Yuna, ‘jika saya yang pertama, saya bukan yang terakhir’ membayangkan harapannya agar langkah yang dicapainya itu dapat terus diterokai oleh yang lain.

“Saya harap ada lagi wanita di Malaysia ini yang akan terus membawa obor kegemilangan,” tambah Yuna.

Terdahulu, pada bulan Mac 2020, Yuna dipilih mewakili Malaysia dalam kempen, ‘Original Go Their Own Ways’ keluaran Coach juga bersama JLo dan Michael B Jordon. 

Dan jika korang fikir dalam tempoh PKP ini, seperti segelintir artis yang terkesan dek wabak koronavirus sehingga ada yang kurang pendapatan, sebaliknya pula yang dialami Yuna.



Walau pun kelibatnya jarang dilihat di mana-mana program hiburan TV tahun ini, Yuna sebenarnya lebih aktif di alam maya.

Jika korang menjengah ke laman instagramnya penyanyi yang baharu sahaja meraikan hari jadinya yang ke-34 pada 14 November 2020 lalu, beliau tetap aktif mempromosikan produknya sendiri mahu pun produk jenama lain.

Tetapi yang paling istimewa buat peminat yang merindui suaranya, Yuna bakal mengadakan showcase virtual pertamanya yang akan diadakan pada 3 Disember 2020 ini di Aquaria KLCC yang akan distrim secara 'live' melalui platform momenthouse.com selama sejam bermula pukul 8 malam. 



Wow! Yuna nak bernyanyi di hadapan ‘ikan-ikan’ sebagai penontonnya ke? Unik sekali!

Dan lebih menariknya, showcase ini bukan sahaja boleh disaksikan oleh peminatnya di Asia bahkan di UK, Eropah, Amerika,  Australia dan New Zealand.

Jualan tiket sudah boleh ditempah pada harga  RM72.80 seorang, manakala tiket bersama baju-T lengan panjang keluaran Momenthouse dijual pada RM247.89, namun khabarnya penjualan bagi kategori ini dah ‘sold out’ bagi penonton di Malaysia, Asia serta Amerika kecuali pembelian oleh peminat dari  Australia, New Zealand, UK dan Eropah yang masih ada.

Untuk info lanjut berhubung pembelian tiket boleh layari momenthouse.com. Tahniah Yuna! - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested