Seni & Sukan 23 Jun, 2022

Video| Konsert Queen of the Night Siti Nurhaliza! Rai golongan B40! Ditaja Yayasan Metamorphosis!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Siti Nurhaliza bersama Razalif Mohammad Zain dari Yayasan Metamorphosis.Foto kredit: FAS.


Selari dengan judul lagu ‘Queen of the Night’, nyanyian asal penyanyi antarabangsa Whitney Houston, sebagai tajuk majlis jamuan malam eksklusif anjuran Be De Paris, pemilihan Ratu Pop, Dato Seri Siti Nurhaliza menepati tema program apatah lagi ia juga bakal diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agung  dan kerabat-kerabat Diraja.

Lebih istimewa  apabila ini pertama kalinya Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan gelaran “Tok Ti’ akan menghiburkan lebih kurang 450 penonton khas dalam kalangan golongan B40 di bawah tajaan pertubuhan kebajikan, Yayasan Metamorphosis.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jamuan makan malam


“Sejujurnya baharu hari ini saya diberitahu bahawa semua meja untuk malam ‘Queen of the Night’ telah dibeli oleh Yayasan Metamorphosis untuk meraikan golongan B40 menikmati jamuan makan malam serta menyaksikan persembahan saya,”  ujar Tok Ti ketika ditemui pada majlis sidang media ‘Queen of the Night’ yang berlangsung di Dulang Lounge, Menara Berkembar Petronas, KLCC pada Rabu, 22 Jun 2022.

Turut hadir anakanda kepada Raja Muda Perlis, Sharifah Khatreena Nuraniah  (gambar bawah, tengah) dan Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Razalif Mohamad Zain.



Queen of the Night’ akan berlangsung  pada 6 Ogos 2022 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur di mana Siti Nurhaliza akan menghiburkan pada malam tersebut secare eksklusif dengan lebih kurang 15 buah lagu diiringi 5 anggota pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito.

“Saya sendiri sebenarnya pun rasa terkejut apabila semua meja sudah dibeli padahal sidang media baharu diadakan tetapi saya harus maklumkan juga kepada masyarakat agar mereka. tahu mengenai visi Yayasan Metamorphosis dalam menjalankan amal kebajikan murni seperti ini,” tambah Siti.

Menurutnya menepati konsep dan tema ‘Queen of the Night’, beliau akan memilih lagu yang bersesuaian termasuk lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh artis-artis wanita di dalam negeri mahu pun di luar negara. 

“Saya akan menyanyikan lagu daripada artis wanita yang saya kagumi dan menjadi insipirasi pada diri saya selama ini,” Tok Ti membayangkan serba sedikit persembahannya pada malam berkenaan sambil meluahkan perasaan terujanya dapat bersama menghiburkan golongan B40. 



Sementara itu, Razalif Mohamad Zain memberitahu, antara gologan B40 yang terplih terdiri daripada ibu tunggal, anak-anak yatim serta merek yang kurang berkemampuan dari seluruh negeri.

“Kami akan sediakan bas dan penginapan di hotel untuk mereka hadir dan bersana-sama dapat berhibur dengan biduanita negara kesayangan mereka yang selama ini dipuja tetapi tidak berpeluang mendekati mahu pun menyaksikan persembahan Dato Siti,” ujar Razalif sambil memberitahu Yayasan Metamorphosis membelanjakan hampir RM1 juta untuk tujuan tersebut. 

Menurutnya, yang penting Yayasan Metamorphosis mahu meraikan golongan B40 agar mereka tidak tersisih daripada memperoleh pengalaman yang mampu dirasai golongan masyarakat berupaya. 


Lagu 'Queen of the Night' pernah dinyanyikan Siti pada ABPBH 2012.


Berkongsi lanjut mengenai tiada peluang untuk peminatnya hadir pada malam eksklusif tersebut, pelantun ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ini berharap mereka bersabar dan tunggu sebuah persembahan eksklusif lagi yang bakal diadakan pada bulan November 2022 depan.

“Insya-Allah, ada sebuah konsert menanti peminat-peminat sebelum akhir tahun ini, Tunggu sahaja pengumumannya kelak,” cerita  Siti Nurhalisa ringkas tanpa mengulas panjang. 

Dalam perkembangan lain, tidak lekang dengan cerita perihal kedua-dua permata hatinya, Siti Aafiyah dan Muhamad Afwa, Tok Ti mengakui bakal membawa anak-anak bercuti ke luar negara selama 10 hari selepas selesai konsertnya.

“Ini pertama kali Afwa akan ke luar negara,” akhirinya dalam nada teruja dan gembira dapat berehat sebelum aktif semula sekembalinya dari luar negara. - KitaReporters


Bersama Afwa.- Kredit foto: Instagram @ctdk.

15
14
0
9
0
You will be interested