Seni & Sukan 27 Aug, 2020

Umbrella belum Hilang lagi? Lagu terbaru selepas 10 tahun!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this
PERJALANAN seni Umbrella kembali mengorak langkah dengan terlancarnya lagu terbaharu mereka berjudul “Hilang. Lagu terbitan Black Deck Entertainment, diedarkan oleh MVM Production, boleh distrim dalam semua platform digital muzik mulai hari ini, Rabu, 26 Ogos 2020. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan lagu terbaru:

https://kitareporters.com/search?search=lagu


Dalam satu kenyataan media, Umbrella memberitahu, biarpun berasa amat teruja namun mereka berdebar-debar menantikan reaksi peminat-peminat Umbrella terhadap lagu ini, memandang sudah hampir 10 tahun mereka tidak merakamkan lagu. 

Dianggotai empat orang ahli asal kumpulan ini iaitu Hafizz, Rizal, Saiful dan Zarul, kemunculan Umbrella kali ini  mempertaruhkan sebuah lagu ciptaan empat orang komposer muda, Shouk Azis, Bidin Alzaifa, Zabbe Zharin dan Riff, manakala lirik lagu ditulis oleh Shouk Azis dan Bidin Alzaifa

Pada jam 5 petang hari ini, Rabu 26 Ogos 2020 juga, video muzik lagu Hilang telah ditayangkan buat pertama kali kepada umum di saluran YouTube milik MVM Production.


Memilih Tasik Biru Kundang, Rawang, Selangor sebagai lokasi utama, penggambaran video muzik Hilang disiapkan dalam masa satu hari sahaja. 

Idea jalan cerita video muzik Hilang berkonsepkan naratif, diilhamkan oleh pengurus Umbrella, Dato’ Rizal, dan telah diarahkan sendiri oleh komposer Shouk Azis. 

Selain menampilkan kesemua ahli kumpulan Umbrella, video muzik Hilang menggandingkan Zarul dengan seorang bintang muda, Natasha Elyzza, sebagai teraju utama. 

Turut menyerikan video muzik Hilang adalah penampilan eksklusif pelakon versatil, Zulin Aziz, yang telah sudi bekerjasama dengan Umbrella sebagai tanda sokongan terhadap kumpulan kegemarannya.

Menurut Umbrella, mereka yakin dengan kekuatan melodi dan susunan muzik yang menggabungkan elemen 90-an dan moden, lagu Hilang mampu bersaing dengan lagu-lagu balada sedia ada malah berpotensi untuk mengulangi kejayaan lagu Ramalanku Benar Belaka, yang pernah menjadi satu fenomena yang mengangkat populariti Umbrella. - KitaReporters

6
0
0
0
0
You will be interested