Seni & Sukan 08 Feb, 2021

Hasil kreativiti daripada bahan kitar semula! Pelajar cipta gaun guna plastik pembalut makanan

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

HIASAN bunga pada baju gaun plastik pembalut makanan ciptaan Kyo. - Kredit foto: Oddity Central


INSAN seni dianggap kelompok kreatif. Mereka mampu melahirkan pelbagai ciptaan seni yang unik dan bermutu tinggi yang belum pernah dihasilkan oleh orang lain. Dengan cara ini mereka mampu memahatkan nama sebagai pencipta seni disanjung ramai. 

Misalnya untuk membuat baju, biasanya kain digunakan. Tetapi di Jepun, seorang pelajar jurusan seni yang hanya dikenali dengan nama Kyo, menampilkan kemahiran menghasilkan baju gaun tanpa menggunakan kain tetapi plastik pembalut makanan.

Plastik pembalut makanan ini yang sama warna iaitu oren dan sama corak bunganya, disusun dan dibentuk sehingga menjadi gaun cantik, suatu hasil seni yang luar biasa indahnya.   


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan gaun:

https://kitareporters.com/search?search=gaun


BAHAGAN belakang dan tangan gaun ciptaan Kyo. - Kredit foto: Oddity Central



Memetik laporan Oddity Central pada 27 Januari 2021, pelajar tersebut menggunakan 4,000 keping plastik pembalut makanan bagi mereka fesyen gaun tersebut yang dikenali sebagai Montua.

Gaun ini merupakan replika pakaian yang dikaitkan dengan era abad ke-17 dan ke-18 Eropah. Kyo menghasilkannya dalam saiz sebenar baju tersebut pada era tersebut. 

Rekaan gaun itu dipaparkan oleh Kyo dalam Twitter miliknya pada 22 Januari 2021.

Tidak dinyatakan berapa lama masa diambil oleh Kyo untuk mengumpul pastik makanan tersebut dan berapa lama masa diambil untuk menyusun plastik tersebut sehingga menjadi gaun.

Namun yang pasti dia mengambil banyak masa dan tenaga serta sangat komited menghasilkan rekaannya. Dia tidak menggunakan gam atau pita pelekat untuk menyambungkan semua plastik pembalut makanan itu tetapi hanya menggunakan pemanas haba.


Plastik pembalut makanan yang digunakan. - Kredit foto: Oddity Central.


Untuk melaksanakan tugasnya, Kyo meminta bantuan daripada kawan dan keluarga memberi sumbangan plastk pembalut makanan ini. Kesemuanya dianggarkan 150 beg plastik pembalut makanan digunakan.

Ternyata imaginasi seni Kyo begitu tinggi. Dia telah menggunakan barang yang biasanya dibuang oleh orang ramai untuk menampilkan satu hasil seni yang sangat menarik.

Pada orang ramai, plastik pembalut makanan hanyalah barang yang biasanya dibuang selepas isinya dimakan. Namun Kyo berpandangan lebih jauh menggunakan bahan seperti itu untuk menghasilkan sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain.


GAUN Montua ciptaan pelajar seni, Kyo, menggunakan 4,000 keping plastik pembalut makanan. - Kredit foto: Oddity Central.


Rekaan Kyo segera menjadi popular dan tular sejak dimuat naik dalam Twitter. Ia kemudian dipetik dan disiarkan dalam portal budaya dalam talian popular di Jepun iaitu Kai-You. Kemudian ia disiarkan melalui Yahoo dan Livedoor.

Sesungguhnya hanya insan seni sahaja yang faham dan tahu menggunakan seni sebagai platform meningkatkan mutu rekaan seni. Seperti kata peribahasa, “hanya jauhari mengenal manikam”.  - KitaReporters.com


3
0
0
0
0
You will be interested