Seni & Sukan 27 May, 2020

Kekal beraya ikut norma PKP! Hamper raya TMJ buat pemain JDT

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

BAGAIMANA untuk merayakan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa Ramadan dalam norma baharu dan berbeza yang cuba diterapkan? Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan, banyak norma aktiviti sebelum ini termasuk tradisi balik kampung dan ziarah-menziarahi, sudah menjadi terbatas sekarang. : KitaReporters 

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kanan), Che Puan Khaleeda Bustamam dan putera-puteri mereka. - Kredit foto: FB TMJ


Saingan bola sepak seluruh dunia turut terkesan sehingga kebanyakan pasukan terpaksa memotong gaji pemain dan pegawai beberapa peratus termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT)

Namun pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih bermurah hati untuk menyumbangkan hamper Hari Raya Aidilfitri kepada semua pemain pasukan juara enam kali Liga Super itu pada Isnin, 25 Mei 2020. 

Sumbangan itu sebagai menjaga moral mereka yang terpaksa menyambut Hari Lebaran dalam keadaan dunia yang berhadapan dengan pandemik maut, Covid-19, kata Tunku Ismail laman sosial Facebook JDT, Johor Southern Tigers. 

Bukan mudah untuk melakukannya, tetapi tetap diambil sebagai tanggungjawab JDT, menurut hantaran terbaharu pada laman berkenaan. 

Saingan Liga Super dan Perdana musim 2020 terpaksa ditangguhkan sejak 16 Mac 2020 selepas mengharungi empat perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).   

JDT mengorak langkah kanan musim ini dengan mempertahankan Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah pada 28 Februari 2020 selain masih mendahului Liga Super dan menghuni anak tangga kedua Kumpulan G Liga Juara Asia (ACL).

UCAPAN menjunjung kasih daripada Syafiq Ahmad. - Kredit foto JDT


“Dalam keadaan dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini, pemilik JDT masih teguh menjaga kebajikan pemain dan pasukan dalam kelab.

“Moral setiap pemain yang perlu dijaga setiap masa bukanlah kerja mudah, tetapi itulah tanggungjawab yang terpaksa ditanggung oleh setiap pemilik kelab seperti JDT tanpa mencari alasan untuk tidak melakukannya.

“Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan pandemik ini dapat dikawal agar kita dapat kembali ke stadium untuk memastikan jenama JDT terus bersinar di mata Asia dan dunia,” tambah hantaran itu.

Sumbangan hamper itu mendapat ucapan menjunjung kurnia menerusi laman sosial Instagram (IG) sebagai tanda para pemain berterima kasih kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam.

“Apabila melihat sebahagian paparan IG pemain-pemain JDT yang memuat naik ucapan menjunjung kurnia sebagai terima kasih kepada TMJ setelah menerima hamper hari raya daripada baginda suami isteri menimbulkan rasa bangga kelab ini,” jelas hantaran itu.

UCAPAN penghargaan atas hamper TMJ oleh bek kiri, La’vere Corbin-Ong. - Kredit foto JDT


Majoriti pemain Muslim yang meraikan Aidilfitri 1441 Hijrah ini, memuatnaikkan ucapan mereka dan keluarga masing-masing, “menjunjung kasih Tunku, Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin.”

Antaranya bek tengah Si Harimau Selatan dan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Radzak dan penjaga gol, Farizal Marlias.

Lain-lain termasuk Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik, Afiq Fazail, Syafiq Ahmad, Adam Nor Azlin, Fadhli Shas dan Ahmad Hazwan Bakri serta Liridon Krasniqi yang sudah mendapat status pemain naturalisasi Malaysia.

“Selamat Hari Raya to you and your family and thank you (Selamat Hari Raya kepada Tunku dan keluarga Tunku dan terima kasih),” kata perantara menyerang bekas warganegara Kosovo ini.

PENJAGA gol JDT, Farizal Marlias memuat naik ucapan menjunjung kasih dalam IGnya. - Kredit foto: FB JDT


Tidak ketinggalan membalas sumbangan hamper itu dengan setinggi-tinggi penghargaan ialah penyerang import, Diogo Luis Santo dengan ucapan, “thank you boss (terima kasih bos), Selamat Hari Raya.”

Benteng tengah, Mauricio pula berkata, “Selamat Hari Raya, thank you (terima kasih) manakala kata bek kiri, La’vere Corbin-Ong mengucapkan: “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Thank you so much for the lovely gifts (berbanyak terima kasih atas pemberian indah ini).”

Muka baharu JDT mulai musim ini yang juga bek kanan negara, Matthew Davies mengucapkan: “Thank you for your generosity. Selamat Hari Raya to you and your family (terima kasih atas kemurahan hati Tunku. Selamat Hari Raya kepada Tunku dan keluarga Tunku).” - KitaReporters

JDT yang diikat Felda United 1-1 di Johor Bahru namun masih mendahului Liga Super yang ditangguhkan sejak16 Mac 2020. - Kredit foto: FB JDT

8
0
0
1
0
You will be interested