Usahawan kosmetik yang kontroversi, Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, yang kini menetap di Sydney, New South Wales (NSW), Australia memaklumkan berhasrat untuk melelong banglo mewah miliknya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada harga RM9.5 juta.
Perkara ini dimaklum oleh Sajat menerusi sebuah hantaran dalam Instagram miliknya Isnin, 31 Januari 2022.
Dia berkongsi mengenai maklumat lelongan banglo itu dan mengalukan mana-mana individu yang berminat untuk membeli kediamannya tersebut.
s
Menurut Sajat, harga jualan banglo bernilai RM9.5 juta itu boleh dikurangkan berdasarkan budi bicara pihak pembeli.
Selain itu, pembeli juga ditawarkan pendaftaran percuma dan juga syarat serta terma boleh dirunding agar aset itu segera terjual.
Walau bagaimanapun, tarikh lelongan tersebut belum diumumkan secara rasmi.
Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah mengarahkan harta Sajat disita bagi urusan tuntutan pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources.
/
Dan di sana dia mendapat kad pelarian dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan kemudian ke Australia.
Sajat akan berusia 37 pada 23 Februari 2022 ini. Untuk itu Sajat membeli sebuah kereta baru jenama MG dan dihebah dalam sosial medianya. - KitaReporters