Gaya Hidup 01 Mar, 2021

Pengantin lelaki dihumban keluar dari rumah tingkat dua! Sebab tak mampu sedia hantaran mahal!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Gambar hiasan... Wanita-wanita Mesir dikatakan sukar bertemu jodoh kerana kebanyakan kaum lelaki tidak mampu menyediakan kos perbelanjaan perkahwinan mereka. - Kredit foto: clearancehouse.com.au.


LAZIMNYA, apabila pasangan bakal pengantin lelaki dan wanita yang telah menghampiri hari berlangsungnya perkahwinan mereka, pastinya saat-saat bahagia sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka.

Tetapi detik-detik bahagia tersebut bertukar menjadi malang dan trauma apabila di Mesir seorang bakal pengantin lelaki tanpa diduga telah dicampak keluar melalui tingkap dari tingkat dua bangunan kediaman pengantin perempuan oleh ahli keluarga wanita tersebut akibat berlakunya perselisihan faham mengenai barangan hantaran.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Kredit foto: Pinterest @hossam zaki


Menurut laporan Gulf News, keluarga suspek (pengantin perempuan) bertindak sedemikian selepas mangsa (pengantin lelaki) dikatakan gagal memenuhi permintaan wanita itu dengan menyediakan barangan hantaran yang mahal.

Agensi keselamatan di Giza, Mesir pula melaporkan seorang lelaki mengalami kecederaan patah tulang akibat jatuh daripada bangunan tersebut.

Mangsa mendakwa bahawa tunangnya dan ahli keluarga  telah mencampaknya keluar dari tingkap kerana tidak bersetuju dengan senarai barangan hantaran yang dianggap mahal. 

Insiden tersebut telah membuatkan bakal ipar-iparnya marah, lalu bertindak kejam dan tidak berperikemanusian dengan menghumbannya keluar dari tingkap seperti mencampak barangan lusuh atau buangan keluar rumah.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut. 

Mereka kini ditahan bagi tujuan siasatan sebelum sebarang  tindakan undang-undang bakal diambil oleh pihak berkuasa, lapor portal itu. 


Gambar hiasan... Wanita-wanita Mesir akan dijodohkan dengan pasangannya yang telah dipilih oleh ahli-ahli keluarganya. - Kredit foto: egyptiansstreets.com


Di Mesir, kaum lelaki yang berhasrat atau ingin untuk mendirikan rumah tangga wajib terlebih dahulu menyediakan keperluan-keperluan asas dan kelengkapan seperti sebuah rumah, perkakasan perabut, barangan kemas serta perhiasan, kenderaan dan sebagainya sebelum mereka berkahwin sebagaimana yang dituntut mengikut tradisi dan adat perkahwinan mereka.

Menurut sebuah agensi perkahwinan Mesir, pihak lelaki (bakal pengantin) perlu menyediakan kos perbelanjaan perkahwinan sekurang-kurangnya AS$10,000 dan tidak termasuk hadiah barangan kemas atau ‘shabka’ dan mahar bagi pihak pengantin perempuan.

Di samping itu, majlis perkahwinan di Mesir kebiasaannya tidak lengkap jika majlis itu tidak disertai dengan acara nyanyian dan tarian gelek.

Tambahan pula, majlis perkahwinan itu perlu diadakan di hotel-hotel mewah dan mahal yang secara tidak langsung meningkatkan lagi bajet perkahwinan mereka.


Gambar hiasan... Majlis perkahwinan di Mesir perlu diadakan di hotel-hotel mewah dan mahal, yang dimeriahkan lagi dengan dengan acara nyanyian dan tarian gelek. - Kredit foto: egyptianwedding.com


Maka, tidak hairanlah mengapa ramai lelaki Mesir berkahwin lewat usia atau langsung tidak berkahwin khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan miskin kerana tidak berkemampuan.

Apa yang paling mengemparkan lagi, apabila kebanyakan lelaki Mesir dalam tinjauan rambang mengenai pendapat atau komen dalam ruangan aplikasi Facebook menunjukkan hampir 90 peratus mereka membantah kos perkahwinan yang tinggi diamalkan oleh masyarakat Mesir sejak dahulu lagi.

Agensi Pusat Mobilisasi dan Statistik Awam Mesir 2017, merekodkan keseluruhan sebanyak 6.5 peratus atau 14,000 kes penceraian yang telah didaftarkan di negara itu. 

Indikator ini secara umum menunjukkan peningkatan kes berbanding tahun 2016 iaitu 13,000 kes akibat kos sara hidup yang tinggi di negara terkenal dengan keajaiban piramidnya. - KitaReporters


 


Sumber:

https://gulfnews.com/world/mena/egypt-bride-to-be-jailed-for-throwing-fianc-from-second-floor-1.77509431?fbclid=IwAR1sHdrrGdmTHNeaQLsGWRJULcXqx0ne7VwdnkkzY-ZiGtTngtGs3Lhlbmg

https://www.egypttoday.com/Article/6/52762/Why-Egyptian-men-view-marriage-today-as-regrettable-choice

 

You will be interested

Berita Terkini| 7 jajahan di Kelantan kena PKP! Kes Covid-19 terus meningkat! Tiada zon hijau!

MKN Negeri Kelantan umum 7 jajahan - Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah - diletakkan di bawah PKP pada 16-29 April 2021

News Editor 2 in Gaya Hidup 1 day ago

Berita Terkini| Polis serbu dua unit kondo! Sindiket perjudian dalam talian! Sembilan ditahan!

9 individu termasuk 2 wanita ditahan selepas polis serbu 2 unit kondominium di Jalan Talalla, Kampung Atap yang dipercayai pusat operasi perjudian dalam talian
News Editor 1 in Gaya Hidup 15 hours ago

Berita Terkini| Suspek utama belasah 2 pengawal peribadi ditahan! Reman 3 hari hingga 17 April!

Tindakan reman 3 hari dikenakan kepada seorang lelaki yang disyaki mencedera, mengugut bunuh 2 pengawal peribadi di Klang selepas dapat tahu pekerjanya berpuasa
News Editor 1 in Gaya Hidup 18 hours ago

Terbaiklah MAIDAM Terengganu! Naikkan kadar bantuan zakat Ramadan kepada asnaf kerana COVID-19

Memahami kesusahan asnaf dalam menghadapi bulan Ramadan ketika pandemik COVID-19 masih belum reda, MAIDAM bersetuju naikkan kadar bantuan zakat kepada penerima
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago

Syabas penduduk Danau Kota! Buat gotong royong bersih surau! Masak bubur lambuk untuk agihan!

Sempena kedatangan Ramadan, penduduk Taman Danau Kota, Setapak adakan aktiviti gotong royong bersihkan Surau Al-Falah dan memasak bubur lambuk untuk diagihkan
Ahmad Abd Hamid in Gaya Hidup 1 day ago