Seni & Sukan 22 Feb, 2021

Tahniah Unit Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah! Kumpul 63 pek darah dalam tempoh enam jam

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Wakil Suhail Entreprise (kiri sekali) menyampaikan cenderamata kepada penderma darah.


UNIT Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berjaya mengumpul sebanyak 63 pek darah dalam masa enam jam.

Penyelaras Program Dr Yusri Yahya Baginda yang ditemui berkata, mereka terpanggil untuk menganjurkan program kempen derma darah dengan kerjasama Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Kelab Patriot Chapter Perlis Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena ini memandangkan kekurangan bekalan darah di Unit Tabung Darah HTF.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan derma darah:

https://kitareporters.com/search?search=derma+darah


Sukarelawan Kelab Patriot Chapter Perlis UUM yang menjayakan Kempen Derma Darah.


"Derma darah bukan sahaja dapat menyihatkan badan dan memberi keistimewaan kepada penderma, malah yang penting setitik darah dapat menyelamatkan nyawa," ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, Penasihat Kelab Patriot Chapter Perlis UUM, Dr Nor Hasimah Ismail ketika ditemui berkata, 15 pelajarnya telah membantu dan mengerakkan usaha termasuk mengadakan hebahan melalui media elektronik dan media masa bagi menyampaikan maklumat mengenai kempen derma darah ini.


Antara penderma darah.


Ujian jenis kategori darah dijalankan sebelum dibenarkan derma.


"Kami tidak menyangka dalam masa enam jam 63 pek darah dapat dikumpul walaupun lebih 70 penderma mendaftar diri untuk menderma pada mulanya," sambung beliau lagi.

Usaha murni ini juga turut mendapat kerjasama dengan Food Bank Perlis, Suhail Entreprise dan RM Entreprise yang menyediakan cenderamata kepada penderma. - KitaReporters


Pegawai Perubatan melakukan pemeriksaan ke atas penderma.


Siswi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut menderma darah.


Penyumbang-penyumbang cenderamata sempena Kempen Derma Darah bergambar kenangan.

9
2
0
1
0
You will be interested