Seni & Sukan 23 May, 2022

Video| Lia Aziz nafi bercinta dengan Khai Bahar! Akui dilamun cinta dengan Arash anggota Treehill!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Penyanyi Lia Aziz, 19, yang popular dengan lagu ‘Kucu Kuca’ pada tahun 2021, kini semakin popular apabila dipilih menjadi penyanyi latar 'Kaulah Syurga" iaitu lagu tema (OST) drama fenomena ‘7 Hari Mencintaiku 3’ bersama Khai Bahar

Setelah diganding dengan Khai Bahar, ramai menganggap Lia sedang bercinta dengan pasangan duetnya itu. Ini berdasarkan kemesraan yang diperlihatkan dalam video muzik (MV) lagu itu.
Lia dakwa tidak tumpang populariti Khai Bahar. - Kredit foto: IG Lia Aziz @liaaa.aziz

Lia atau nama sebenarnya, Nur Aliah Farzana Abdul Aziz, mengakui bahawa dia sedang dilamun cinta tetapi bukan dengan Khai Bahar. Namun Lia enggan mendedahkan sedang bercinta dengan siapa.

Tetapi dilaporkan Lia kini rapat dengan lelaki dikenali sebagai Arash (Arash Azimi Anuar) yang merupakan pemain dram bagi kumpulan Treehill.

Lia tidak menafikan namanya semakin popular setelah menjadi pasangan duet dengan Khai Bahar dalam lagu ‘Kaulah Syurga’ yang menjadi OST drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku’ yang baru tamat tayangannya di TV3 pada Jumaat, 20 Ogos 2022.



Pemilihan dia untuk menyampaikan lagu itu dibuat oleh penerbit drama, Siti Rosmizah Semail yang juga penulis lirik dan gembira menerima tawaran itu.
Namun Lia menafikan ia adalah tiket untuk menumpang populariti Khai Bahar (Muhammad Khairul Baharudin), 28, kerana berpendapat dirinya sudah popular sebelum ini.


Memulakan kerjaya nyanyian dalam media sosial ketika berusia 17 tahun dan kemudian dilamar menjadi artis rakaman Rusa Music dan terus popular melalui single ‘Kucu Kuca’ pada 2022 dan lagu ini dipilih menjadi lagu tema drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’. 
Lia yang lahir pada 27 Januari 2002 terus cuba memperkembangkan kegiatan nyanyiannya dengan menyertai program ‘Big Stage musim 4 pada 2022 , namun menjadi peserta kedua tersingkir.

Dalam usia masih muda dan mempunyai suara menarik, Lia merupakan bintang baharu yang terus menyinar beberapa tahun ke hadapan. - KitaReporters


14
10
0
12
0
You will be interested