Seni & Sukan 30 May, 2022

Video| Tahniah Shiha Zikir, Khai Bahar! Bolot anugerah utama Anugerah MeleTOP! Dolla juga serlah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

 

Khair Bahar dan Shihar bangga dengan kemenangan masing-masing.



Penyanyi, Khai Bahar, 28, dan Shiha Zikir, 34, masing-masing dinobatkan sebagai Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita pada Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021). 

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin turut memenangi dua kategori iaitu ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini #123 - Khai Bahar’.

Sementara, Shiha (Nurshiha  Mohd Zikir) pula memenangi empat trofi menerusi kategori ‘Artis Versatil MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ menerusi filem ‘Hantu Bonceng’, ‘Duo/Berkumpulan MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP bersama Noki K-Clique menerusi ‘AEWO’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Anugerah MeleTOP Era

Shiha, Khai dan dalam sidang media selepas majlis berakhir. - Kredit foto: Harian Metro

Kumpulan yang semakin popular, Dolla berjaya memenangi kategori ‘Duo/Berkumpulan’. Dini Schatzmann pula memenangi kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ dan Jihan Muse menerima anugerah ‘Personaliti TV Popular’.

Drama bersiri ‘Kampung Pisang Bersiri-siri’ menerima anugerah ‘Drama MeleTOP’ sementara filem ‘Ada Apa Dengan Dosa’ menerima anugerah ‘Filem MeleTOP.




Sementara pasangan pelakon Emma Maembong dan Muhammad Shazli memenangi kategori ‘Couple MeleTOP’. Wany Hasrita pula memenangi kategori ‘Video MeleTOP’ melalui MV ‘Canggung’.

Anugerah turut diberi kepada insan seni veteran berjasa. ‘Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP diberi kepada pelawak Hamid Gurkha (Abdul Hamid Abdul Rahman), 88. 

Sementara tokoh muzik yang sedang berjuang dengan penyakit kanser, Roslan Abdul Aziz, 60, menerima ‘Anugerah Legend Muzik MeleTOP’. 

Kerana keuzuran, kedua-dua Hamid Gurkha dan Roslan Aziz tidak hadir. 

Sementara pengacara veteran Datuk Aznil Nawawi, 59, menerima ‘Anugerah Khas MeleTOP’.



Pemilihan berdasarkan undian orang ramai. Malam AME 2021 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad malam, 29 Mei 2022.


BERIKUT IALAH SENARAI PEMENANG AME 2021:

Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar

• Top Top MeleTOP Wanita: Shiha Zikir

• Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan: Dolla

• Artis Baharu MeleTOP: Dini Schatzmann

• BBNU MeleTOP: Alyssa Dezek

• Couple MeleTOP: Emma Maembong & Muhammad Shazli

• Si Cilik MeleTOP: Ariana Aubrey & Karl Kareef

• Grup/Duo MeleTOP: Shiha Zikir & Noki K-Clique

• Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar

• Lagu MeleTOP: AEWO -Shiha Zikir & Noki K- Clique

• Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini #123 - Khai Bahar

• Drama MeleTOP: Kampung Pisang Bersiri-Siri

• Hos MeleTOP: Jihan Muse

• Pelakon MeleTOP: Fasha Sandha

• Bintang Filem MeleTOP: Shiha Zikir (Hantu Bonceng)

• Filem MeleTOP: Ada Apa Dengan Dosa

• Video MeleTOP: Wany Hasrita

• Influencer MeleTOP: Dr Say

• Artis Versatil MeleTOP: Shiha Zikir

• Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP: Hamid Gurkha

• Anugerah Legend Muzik MeleTOP: Roslan Aziz

• Anugerah Khas MeleTOP: Datuk Aznil Nawawi


12
12
0
13
0
You will be interested