Seni & Sukan 06 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: POLIMAS bantu mangsa banjir! 31 pelajar, 10 pensyarah sertai misi di Pahang!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


Pelajar POLIMAS Jitra menyertai operasi pembersihan di Bentong, Pahang.


SERAMAI 31 pelajar dan sepuluh pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah, baru-baru ini menyertai misi untuk membantu mangsa banjir di Bentong, Pahang.

Penyelaras Program, Mohamad Zaki Othman berkata, misi membersihkan rumah kediaman di daerah itu diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Bentong.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan misi bantuan banjir

Operasi pembersihan yang disertai pelajar-pelajar POLIMAS.
Pelajar membersihkan lumpur.

Katanya, misi yang dianggotai pelajar dan pensyarah bersama penduduk yang terkesan akibat banjir itu bersepakat untuk meringankan masalah penduduk dengan membantu membersihkan rumah dan kawasan sekitarnya.

Mohd Zaki berkata, sebagai langkah awal mereka telah menghantar skuad peninjau untuk mengenal pasti lokasi yang terjejas di daerah itu sebelum menggerakkan sukarelawan dari Polimas ke kawasan itu.

Semoga bantuan yang diberikan bukan sahaja dapat meringankan beban penduduk malah dapat memberi pengalaman dan melihat sendiri keadaan sebenar banjir yang telah berlaku.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul bila melihat banjir lumpur yang terpaksa dibersihkan.
Pelajar bergerak untuk menjalankan kerja pembersihan.

Dalam pada itu Pegawai Hal Ehwal Disiplin dan Kebajikan Pelajar, Abdul Rahman Ahmad yang turut bersama dalam misi kali ini berkata, Polimas juga telah melancarkan Tabung Misi Bantuan Mangsa Banjir bagi mengumpul dana kewangan dan sumbangan keperluan asas, air mineral serta makanan ringan daripada warga politeknik bagi membantu meringankan beban mangsa. - KitaReporters


Pasukan sukarelawan bersedia untuk menyertai operasi pembersihan.


Penyertaan pelajar dalam operasi pembersihan selepas banjir.

10
12
0
9
0
You will be interested