Gaya Hidup 15 May, 2022

Sukan SEA 2021: Nasib baik skuad bola sepak Malaysia tak dimalukan Singapura! Keputusan seri 2-2!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kredit foto-foto: FB Football Association of Malaysia


JARINGAN Faiz Amer menyelamatkan skuad kendalian Brad Maloney daripada diaibkan oleh Singapura apabila berjaya mengikat perlawanan 2-2 dalam perlawanan yang cukup penting bagi kedua-dua pasukan.

Malaysia turun dalam usaha menempah tiket ke separuh akhir lebih cepat manakala Singapura pula cuba menghidupkan peluang ke separuh akhir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan SEA


Seawal minit ke-4 Luqman Hakim meletakkan Malaysia di hadapan namun itu hanya kegembiraan seketika untuk Malaysia apabila Muhammad Shah Shahiran menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian.

Malaysia terus melancarkan serangan demi serangan namun peluang yang terhidang sering dipersia-siakan.

Dalam keghairan Malaysia mencari gol, Harhys Rizal Gareth berjaya meletakkan Singapura di hadapan dan peluang untuk mereka ke separuh akhir makin cerah.

Bagai tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia memperkemaskan kembali permainan dalam usaha mencari gol penyamaan dan ia hadir pada minit ke-82 perlawanan apabila Faiz Amer menanduk menewaskan penjaga gol Singapura berpunya daripada sepakan sudut. 



Dengan keputusan seri ini, peluang untuk Malaysia muncul juara kumpulan semakin cerah namun wajib menang perlawanan terakhir.

Masih banyak perlu diperkemaskan skuad muda negara jika ingin muncul juara edisi kali ini.  - KItaReporters


12
10
0
10
0
You will be interested

Video| Gembira bercerai? Bad Indigo, Ashira umum perpisahan dalam rakaman video! Tapi tetap kawan!

Dalam rakaman video secara bersama, Bad Indigo dan Ashira dengan gembiranya umumkan mereka bercerai setelah 14 bulan berumah tangga namun tetap jadi kawan baik

Video| Syamsul cari perakam klip video! Filem bakal box office! Mat Kilau kutip RM2.8j dalam 2 hari!

Syamsul beri amaran keras kepada pihak yang tayangkan cuplikan filem Mat Kilau lebih 5 saat dalam laman sosial. Mahu buat laporan polis dan ambil tindakan saman
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 14 hours ago

Panggung pacak dah berakhir! Akhbar bersaing dengan media sosial! Perlu lebih bebas dan tak takut!

Akhbar harus buat pendekatan menyeluruh, lebih cekap, pantas dan pembinaan insan yang bolehkan wartawan bekerja dalam ruang bebas, tanpa takut - Johan Jaaffar
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Amelia Henderson, Idris Khan tak profesional! Tak kenang budi! Saya terpaksa saman! - A Aida

A. Aida saman Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara tarik diri pada saat-saat akhir daripada drama 28 episod Sekali Lagi Cinta Kembali sebagai pelakon utama
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Woi! Bangunlah! Beri tempat duduk kepada ibu mengandung! Wanita hamil kongsi pengalaman!

Seorang wanita sarat hamil luahkan rasa kesal dengan sikap, tindakan segelintir masyarakat naiki pengangkutan awam tapi tak diberikan tempat duduk oleh mereka
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago