Seni & Sukan 18 Dec, 2021

Video| Impian terlaksana! Joe Flizzow dilamar ikon hiburan antarabangsa! Tampil bersama Snoop Dog!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


'BAGAIKAN  bulan jatuh ke riba', begitulah pepatah dapat disimpulkan apabila penyanyi paling berpengaruh dalam arena hip hop, Joe Flizzow dapat berkolaborasi dengan ikon dunia hiburan antarabangsa, Snoop Dogg dalam sebuah album.

"Saya rasa ini adalah salah satu impian saya yang terkabul, sebuah mimpi yang menjadi kenyataaan. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun 2022,” ujar Joe Flizzow.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang akhbar secara maya mempromosikan album ‘Algorithm’ (The Global Edition) baru-baru ini yang turut dihadiri penyanyi rap Tamil berasal Singapura, Rajid Ahamed, 26, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Yung Raja yang juga mempunyai sebuah lagu  ‘Qualiified’ bersama Snoop Dog dan Joe Flizzow.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Joe Flizzow


Snoop Dogg tampil dalam video bercerita mengenai album 'Algorithm' pada sidang media maya bersama Joe Flizzow dan Yung Raja dihoskan oleh Keanu Azman (gambar tepi, tengah).


Algorithm' (The Global Edition), sebuah projek gergasi syarikat rakaman Def Jam Recordings  SEA menampilkan 32 artis dalam 25 lagu berjudul ‘Snoop Dogg Presents The Algorithm’, untuk pasaran dunia.

Namun persembahan terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal dengan penambahan 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus diilhamkan daripada versi asal.

Setiap lagu baharu tersebut memaparkan satu atau lebih artis dari senarai syarikat rakaman Universal Music Group (UMG) dari seluruh dunia, dan membawa hampir 50 bintang hip hop dan R&B ke dalam album tersebut.

Pendek kata, album  ‘Snoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu ‘Snoop Dogg: Algorithm’ yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau.

Seterusnya menyaksikan  Joe Flizzow dipilih secara peribadi oleh Snoop sendiri untuk dipaparkan dalam lagu ‘Alright’ bersama  hip hop duo, Redman & Method Man serta penyanyi dan pelakon Nefertitti Avani, ketiga-tiganya dari Amerika Syarikat.




Sebagai satu-satunya artis pilihan Snoop Dogg dari Malaysia, Joe Flizzow menganggap dirinya bertuah terpilih apatah lagi baik Snoop Dogg, Method Man dan Redman merupakan legenda industri hip hop.

Merekalah sebab utama Joe Flizzow jatuh cinta pada muzik rap sebelum bergelar penyanyi malah sering memakai baju-T Snoop Dogg yang hanya ada tiga dalam simpanannya ketika di bangku sekolah.

Ketika itu kenang Joe, beliau sering memakai baju Snoop Dogg hampir setiap hari sehingga rakan-rakannya bertanya, beliau dah tak ada baju lain ke nak dipakai.

“Kini, saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya Snoop, Algorithm (Global Edition). Method Man & Redman,” tambah Joe yang merupakan satu-satunya artis rap yang mengubah gelanggang seni muzik apabila lagu ‘Apa Khabar’ dari album keduanya menjadi lagu hip hop pertama menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-29.

Malah Joe Flizzow juga  menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi Artis Terbaik Asia Tenggara di anugerah MTV Eropah, ‘MTV European Music Awards’ (MTV EMA), jadi tidak hairanlah beliau digelar ‘The President’ seiring dengan judul album pertamanya, dalam dunia hip hop Malaysia.



Bercerita lanjut bagaimana kerjasama bersama Snoop Dog direalisasi, Joe Flizzoe memberitahu segalanya bermula melalui mesyuarat Zoom antara Snoop Dog dan dirinya.

“Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan memberitahu ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri. Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN, saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang pada masa hadapan,” kata Joe Flizzow.

Sementara itu, Snoop Dog yang turut muncul dalam sidang maya berkongsi pendapatnya dengan berkata, terdapat begitu banyak bakat yang diketengahkan dalam album ‘Algorithm” (The Global Edition) yang memperkenalkan artis tersohor dan yang baru mencipta nama di bawah UMG dari setiap penjuru dunia. 

“Pelbagai gaya muzik, ia memecah algoritma dan algoritma saya akan memberikan anda satu perasaan bukan sekadar bunyi,” ujarnya.

Dan bagi Yung Raja, beliau menyifatkan pemilihannya satu pencapaiaan yang tidak diimpikan walaupun baharu lebih kurang tidak tahun aktif dalam muzik hip hop.

“Ini adalah hadiah hari jadi saya yang tidak akan saya lupakan selamanya,” ujar Yung Raja  yang terkenal mengetengahkan bahasa Tanglish iaitu gabungan bahasa Tamil dan Inggeris dalam lagu-lagunya. - KitaReporters.




13
17
0
13
0
You will be interested