Seni & Sukan 19 Apr, 2020

LAGU CORONA DATANG DIRAKAM PADA 2020 BUKAN 1984

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
TRIO veteran Indonesia, Bimbo kembali menjadi popular apabila dikatakan telah mencipta lagu berjudul ‘Corona Datang’ kira-kira 36 tahun lalu iaitu pada 1984 dan perkara itu didedahkan oleh pemilik akaun YouTube, Susilo Wibowo baru-baru ini. : KitaReporters
Menurut Bimbo, lagu 'Corona Datang' baru dirakam pada awal April 2020 kurang seminggu sebelum lagu itu tular. - Kredit foto: AMI Awards 2019

Melalui saluran Youtube itu, lagu ‘Corona Datang’ dikatakan dimuatkan dalam album Bimbo pada tahun 1984.

Dan beberapa saluran Youtube lain memuatkan berita yang sama menyebabkan lagu ‘Corona Datang’ dan Trio Bimbo menjadi popular.

Benarkah lagu ‘Corona Datang’ sudah dicipta oleh kumpulan dari Bandung, Indonesia ini 36 tahun lalu??

Apabila media Kompas mengajukan pertanyaan ini, trio adik beradik ini terkejut!!

Menurut salah seorang anggota, Acil Darmawan Hardjakusumah atau lebih mesra disapa Acil, tular itu cukup mengejutkan Bimbo kerana lagu ‘Corona Datang’  baru dirakam pada awal bulan April 2020 di salah sebuah studio di Bandung.

Kumpulan Bimbo menerima Pencapaian Sepanjang Zaman dalam Anugerah Muzik Indonesia 2019. Paling kanan Ebiet G Ade. - Kredit foto: AMI 2019

Penjelasan Bimbo mengenai lagu 'Corona Datang'


Lagu tu dicipta oleh ketiga-tiga anggota iaitu Sam (Mohammad Shamsudin Darjat Harjakusumah), Acil (Darmawan) dan Jaka (Jaka Purnama) setelah mendapat ilham tragedi virus penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19.

Tambahnya: “Ini lagu baharu. Bukan lagu yang diciptakan sejak 30 tahun lalu. 

"Lagu ‘Corona Datang’ dituju kepada Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), selepas melihat virus berbahaya COVID-19 menyerang seluruh dunia termasuk Indonesia.

Bimbo bertahan dalam industri muzik memasuki usia 50 tahun pada 2021 nanti. - Kredit foto: AMI 2019

“Ia dihasilkan atas permintaan Ketua Bahagian Tugas COVID-19, Doni Mardo. Saya tidak tahu bagaimana lagu ‘Corona Datang’ boleh tular dan dimuat naik dalam laman YouTube serta medium media sosial lain,” kata Acil ketika dihubungi Kompas.com.

Tambahnya, Lagu ‘Corona Datang’ baru sahaja selesai rakaman, belum cukup seminggu proses dilakukan.

"Saya bingung memikirkannya. Lagu ‘Corona Datang’ menjadi tular seteah beberapa laman YouTube lain turut menyiarkan lagu itu," jelasnya.

Kumpulan adik beradik dari Bandung yang terus berpadu ketika dimamah usia


Trio adik beradik Bimbo berasal dari Bandung ini cukup popular sejak awal tahun 1970-an. Trio ini ditubuh pada 1967, asalnya Cuma berdua iaitu Sam dan Acil.

Mula dikenali apabila menjadi bertiga dengan masuknya adik ketiga Jaka dengan nyanyian berharmoni sejak awal 1070-an.

Bimbo melakukan pelbagai jenis muzik baik pop, balada, keroncong, dangdut, lagu puisi dan berunsur dakwah. Tidak lama kemudian adik bongsu mereka, Iin Parlina menganggotai Bimbo.

Dalam anggota Bimbo, nama Sam paling diingati.

Sebagai artis veteran kegiatan mereka tidak seaktif dahulu, namun masih tetap menerima undangan tertentu. Sepanjang penglibatan hampir 50 tahun pada Julai 2027 nanti, Bimbo telah menyampaikan 800 lagu dengan 200 album dengan sebahagian besar ciptaan mereka sendiri.

Kesemua anggota Bimbo sudah berusia lebih 70-an. Sam kini berusia 78 tahun (6 Mei 1942), Acil, 77 (20 Ogos 1943) dan Jaka 73 (1 Mei 1947).

Dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) ke-22 pada 27 November 2019, Trio Bimbo dan adik mereka Iin Parlina menerima  anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman. - KitaReporters


Lirik lagu ‘Corona Datang’ oleh Bimbo

Corona datang Tuhan mencuci dunia,

Membungkam kesombongan manusia,

Tempat ibadah semuanya ditutup,

Manusia bingung cari pegangan,

Corona datang bukanlah kebetulan.

Mendidik kita untuk jadi salah,

Anak dan istri jabatan kekayaan,

Semua itu bukan milik kita,

Corona datang Tuhan mencuci dunia,

Membungkam kesombongan manusia,

Tempat ibadah semuanya ditutup,

Manusia bingung cari pegangan,

Corona datang bukanlah kebetulan.

Mendidik kita untuk jadi salah,

Anak dan istri jabatan kekayaan,

Semua itu bukan milik kita,

Angan dan raga teguhkan hati kami,

Ya Tuhan selamatkan kami



0
0
0
0
1
You will be interested