Seni & Sukan 17 Apr, 2020

TAHNIAH!! FAZURA UMUM KINI HAMIL 4 BULAN

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this
Tahniah buat pelakon Fazura dan suami, Fattah Amin kerana bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. Penantian selama dua tahun akhirnya dimakbulkan. Berita gembira itu dikongsi oleh Fazura dan Fattah dalam media sosial. : KitaReporters



Menurut Fazura, dia dan suami sentiasa yakin dengan peratuaran Allah SWT. Pelakon berasal dari Pekan, Pahang ini turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan untuknya.

"Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.

“Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. 

"Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dansesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. 

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini.

"Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. Insya-Allah. Alhamdulillah dan terima kasih sekalilagi dari hati kami berdua,” tulisnya.


 

Rakan-rakan artis turut bersyukur dan tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut.


Sementara itu, rakan-rakan artis turut berkongsi kegembiraan tersebut dengan ucapan tahniah dan syukur.

Semoga kehadiran bayi dalam kandungan mengukuhkan lagi cinta pasangan ini. 

Pastinya para peminat tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pasangan popular ini. - KitaReporters

1
0
0
0
1
You will be interested