SETIAP yang berlaku pasti ada hikmah dan kini ternyata kebenaran itu terbukti apabila kira-kira 500 gelandangan yang selama ini terkontang-kanting tanpa arah tuju kini bakal mengubah kehidupan apabila ditawar pekerjaan selepas ini. : KitaReporters
APAKAH pemandangan ini selepas ini tiada lagi berikutan gelandangan akan ditawarkan pekerjaan dan ditempatkan di asrama khas? - Kredit foto: Astro Awani.
Golongan berkenaan akan
ditawarkan bekerja di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan
golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Perkara demikian
disuarakan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam Facebook Live Kementerian Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.
GELANDANGAN yang diselamatkan di sekitar Kuala Lumpur ditempatkan di penempatan sementara. - Kredit foto: YoY Network.
Annuar berkata,
perkara demikian telah dibincangkan dalam Pusat Pengurusan Krisis (CMC) dan
beberapa syarikat sedia menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan
gelandangan berkenaan.
“Kini 800 gelandangan
ditempatkan di penempatan sementara serta Anjung Singgah dan mereka bakal melalui
proses saringan dan latihan jangka masa pendek,” katanya.
Menariknya mereka
bakal menerima upah antara RM1,200 hingga RM1,400 sebulan.
Alhamdullilah… semoga kehidupan mereka lebih sempurna selepas ini.
KESEMUA mereka akan ditempatkan di asrama selepas mendapat pekerjaan dan tidak akan dilepaskan untuk bergelandangan lagi.
Beberapa syarikat dipercayai
bersedia menerima mereka yang sesuai, sihat tubuh badan dan produktif dan ada 500
hingga 700 peluang pekerjaan termasuk operator pengeluaran di sekitar Lembah
Klang.
Tawaran tersebut akan
dimulakan sejurus selepas tamat PKP, namun bergantung kepada tempoh PKP sama ada
dilanjutkan atau tamat.
Katanya, mereka akan
ditempatkan di asrama dan tidak akan dilepaskan untuk bergelandangan lagi
sebaliknya akan jalani latihan, saringan dan kesesuaian. - KitaReporters