Seni & Sukan 29 Sep, 2020

Noktah single terbaharu! Fazura pun nak letak noktah jugak?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

‘NOKTAH’, itu judul single terbaharu penyanyi popular, Nur Fazura Sharifuddin, 37,  yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Apakah itu juga petanda isteri kepada pelakon Fatah Amin ini akan meletakkan titik noktah pada kerjayanya dalam bidang seni juga? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Fazura:

https://kitareporters.com/search?search=fazura


“Saya suka mencipta satu persona dan cerita pada setiap kerja saya untuk membantu pendengar merasa lebih dekat dengan lagu tersebut. Untuk lagu 'Noktah', hampir setiap daripada kita pernah melaluinya dan ia juga sebagai peringatan kepada kita untuk kuat melepaskan apabila perlu,” kata Fazura.

Korang jangan bersangka buruk ya… antara Fazura atau lebih mesra disapa Faz dengan Fattah Amin tiada berlaku perselisihan faham tau, walau pun lagu ciptaan Ezra Kong ini menceritakan kisah pasangan yang tidak berdaya lagi untuk menyelamatkan hubungan mereka.

Malah jika korang menjengah ke laman sosial instagram Fattah Amin dapat dilihat kemesraan dan romantisnya pasangan ini ketika Fattah meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang jatuh pada 27 September 2020 lalu.



Jadi ‘Noktah’ diceritakan dari sudut wanita yang berada dalam hubungan seumpama ‘retak mencari belah’ di mana dia harus tetap kuat menghadapi segala kekecewaan dengan pasangannya.

“Saya pasti setiap wanita pernah merasa tiada harapan apabila berada dalam sesebuah hubungan yang toksik,” kata Fazura berhubung lagu terbaharunya itu.

Menurutnya, memang tidak mudah untuk meninggalkan seseorang yang disayangi tetapi katanya, "kita harus lakukan demi kebaikan sendiri, apa yang penting adalah kita perlu menghormati dan menyayangi diri kita terlebih dahulu dan belajar untuk meninggalkan sesuatu yang gagal untuk dipertahankan.”

“Dia sentiasa mengingati detik-detik bahagia, namun malang sekali ia harus berakhir, seperti mana lirik lagu menyatakan 'kisah cinta kita-bertemu noktahnya' …” , ulas  Faz.


Khabarnya, lagu ini membawa kenangan terindah buat Faz waima mendapat tahu berita kehamilannya ketika proses rakaman berlangsung malah video muziknya juga dirakamkan dalam keadaan tengah hamil.

Video muzik 'Noktah' diarahkan dan dihasilkan oleh Nadirah Zakariya dan Junad M. Nor dari Layar Lucida, yang juga bertanggungjawab untuk video muzik single Fazura, 'Be Honest'. 

Menurut Nadirah, walaupun lagu ini merupakan lagu balada yang mempunyai rasa kesedihan, dia mahu video muzik ‘Noktah’ menonjolkan kekuatan dan ikatan antara persahabatan wanita, dan pentingnya memperkasakan dan mengangkat satu sama lain.


Gaun yang dipakai Fazura dalam ‘Noktah’ dibuat khas oleh Rizman Ruzaini, untuk meraih momen penting dalam hidupnya sebagai ibu hamil dan itu juga memainkan peranan besar dalam konseptualisasi video berkenaan.

‘Noktah’ terbitan Universal Music Malaysia, yang dianggap oleh Faz sebagai ‘hadiah’ kepada peminatnya sempena ulang tahun kelahirannya tahun ini, sudah boleh didengar di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer, manakala video muziknya boleh ditonton dalam saluran YouTube Fazura Official. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested