Gaya Hidup 05 Jun, 2020

Syukur! My #QuranTime lakar sejarah! Catat 1.6 juta tontonan

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan sejak 2007 dan masih terus mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Syukur alhamdulillah... Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ramai yang boleh baca Al-Quran kan? Ini semua inisiatif TV AlHijrah, stesen televisyen gaya hidup Islam pertama yang berjaya melakar sejarah dengan mencatat hampir 1.6 juta tontonan bagi program My #QuranTime di kaca televisyen sepanjang Ramadan 1441H. Terima kasih TV AlHijrah! : KitaReporters


Program yang dikendalikan oleh Ustaz Fazrul Ismail yang merupakan seorang pentadabbur Al-Quran itu disiarkan di dua platform dengan capaian melebihi 1.5 juta tontonan di platform televisyen dan lebih 10 juta tontonan dalam Facebook Live TV AlHijrah sepanjang disiarkan.

Malah, kejayaan ini adalah lebih baik berbanding Ramadan tahun 2019 lalu.

PENTADBBUR dan Qari yang mengendalikan My #QuranTime. - Kredit foto: TV Hijrah


Rentetan daripada kejayaan yang cukup manis ini, TV AlHijrah meneruskan kerjasama erat dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan memikul tanggungjawab dan amanat ummah untuk menyiarkan program My #QuranTime secara Live di Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, program My #QuranTime ini sangat dekat di hati dan berbeza dengan rancangan-rancangan sedia ada.

USTAZ Tarmizi Abdul Rahman


“Selain daripada mengangkat kalam suci Allah sebagai mukjizat teragung yang mendamaikan dan mengembalikan keharmonian global, keistimewaan program ini turut terletak pada keupayaannya menghubung dan menyimpul solidariti ummah,” ujarnya.

“Rancangan ini akan disiarkan bermula 8 Jun 2020, setiap hari jam 12 hingga 1 tengah hari. 

"Ustaz Fazrul Ismail bersama dua qari iaitu Ustaz Ahmad Termizi Ali dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman akan membaca dan mentadabbur Al-Quran bermula dari halaman 1 hingga halaman terakhir iaitu halaman 604," kata Namanzee. 

USTAZ Termizi Ali


My #QuranTime adalah versi terkini Malaysia #QuranTime yang telah diperbaiki, diperhalusi dan diperbaharui dengan formula terbaik yang lebih sempurna untuk dipersembahkan kepada penonton.

Katanya, dalam jangka masa tiga tahun ini, pihaknya turut bercadang untuk menganjurkan acara lapangan khusus bagi mempromosi My #QuranTime.

“Ini termasuk mengadakan rakaman di agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan swasta. 

"Oleh yang demikian, kerjasama dari pihak-pihak korporat yang berminat untuk menaja amatlah dialu-alukan.” jelas Namanzee.

Sehubungan itu, TV AlHijrah menyeru seluruh penonton untuk terus menjadikan stesen ini sebagai ladang ilmu tanpa sempadan.

Ini kerana kesemua rancangan terbitan stesen ini memberi penekanan terhadap pembinaan rohani dan sahsiah diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. - KitaReporters

12
1
0
0
0
You will be interested

Piala FA 2022: Harap masalah padang tak berulang! Stadium Nasional gelanggang akhir! 10 Sept 2022!

MFL putuskan bahawa pertemuan perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Terengganu FC akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 September 2022

Menarik sekali! Penyokong minat nak beli saham Kelantan FC! jika terjadi, ia satu sejarah baharu!

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman ada terima permohonan daripada penyokong setia berminat untuk beli saham Kelantan FC sebanyak 5% pada harga RM3 juta
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 2 hours ago

Video| Siapa yang salah? Pelajar tidur, guru siram air! Guru mohon maaf! Akan dikenakan tindakan!

Tular video seorang guru di Kalimantan yang bertindak menyiram seorang murid perempuan yang letakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Allahuakhbar! Si bulus Lala ikut tuan sebut nama Allah ketika beranak! Undang sebak netizen!

Tular video tunjukkan seekor kucing dikenali sebagai Lala ikut tuan yang setia menemaninya sebut nama Allah ketika lahirkan anak dan mengundang perhatian ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 5 hours ago