Seni & Sukan 17 Jun, 2020

I love you!! Usikan manja buat pengantin perempuan tersipu!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SUDAH menjadi satu kebiasan bagi pasangan baru berkahwin untuk bergambar sama ada 'indoor' atau 'outdoor' bagi mengabadikan kenangan terindah dalam kehidupan mereka. Kahwinkan hanya sekali, jadi pasti nak yang terbaik agar nanti hari tu boleh melihat kembali kenangan itu. Tapi awas!!! Semua ini tidak wajib ikut pada bajet. Jangan paksa pasangan pula!!!! : KitaReporters

Kredit foto Twitter Wardina Anuarr


Tetapi memandangkan bukan semua aktiviti luar dibenarkan oleh kerajaan, maka sesi bergambar kali ini terpaksa diadakan secara 'indoor'. 

Dah berpeluang bergambar, mestilah nak yang terbaik dan di sini peranan pengantin, jurufoto dan keadaan sekeliling sangat penting ajar gambar itu akan kelihatan cantik.

Melalui satu video yang dikongsikan oleh Anas dalam akaun Twitter, beliau menunjukkan bagaimana usikan manja si suami, Asyraf Aley ini membuatkan si isteri, Wardina Anuarr tersenyum lebar

Haishh, manis elok!!!! 

Biasalah tu, nama pun lelaki, mestilah mengusik sikit. Itu baru sikit, kalau banyak itu, mahunya pengantin perempuan gelak terbahak-bahak. 

Kredit Video Twitter Anas. 



Ye lah, pasangan baru berkahwin, mestilah manis dan sweet. Minum tak letak gula pun dah manis. Haaa gituuu!!!! 

Tapi janganlah ada orang pergi buat betul-betul tak letak gula. Haru biru nanti. 

Biarpun video itu berdurasi hanya 18 saat, ia sudah cukup untuk membuatkan netizen jadi 'sendu' seketika selepas menonton video ini.

Boleh dilihat reaksi mereka melalui komen balas dari ciapan video tersebut. Tak tahulah nak sedih atau nak ketawa bila tengok reaksi masing-masing.








Sabar wahai geng bujang, sesunguhnya kalian tidak berseorangan!!! Hehehehe. 

Tak apa, sabar sat, fokus satu per satu, percaya pada jodoh, mana tahu lepas ini giliran kita pula. Haaa gituuu!!!! 

Untuk makluman kalian, pasangan ini, telah diijabkabulkan pada 6 Jun 2020 baru-baru ini.

Moga perkahwinan ini akan membuatkan pasangan ink terus bahagia dan kekal hingga akhir hayat. - KitaReporters

Kredit video Twitter Wardina Anuarr. 

5
0
0
2
0
You will be interested