Seni & Sukan 30 Dec, 2022

Video| Piala AFF 2022: Indonesia hanya catat keputusan seri! Thailand terus berada di tempat teratas!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PERTemUAN dua pasukan yang beraksi pada pentas akhir Piala AFF sebelum ini antara Indonesia dan Thailand menyaksikan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember 2022.

Indonesia yang beraksi di halaman sendiri gagal menggunakan kelebihan tersebut dan lebih mengecewakan apabila mereka ada dua peluang terbaik untuk mencetak gol kemenangan namum dipersia begitu sahaja. 

Keputusan seri ini membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata tetapi kelebihan buat Thailand apabila jaringan mereka lebih banyak dan mengekalkan mereka di kedudukan nombor satu kumpulan A.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF


Pada separuh masa pertama, tuan rumah mahupun pelawat gagal menjaringkan sebarang gol apabila barisan bertahanan masing-masing bertindak cemerlang. 

Tuan rumah hampir membuka tirai jaringan tetapi percubaan Witan Sulaeman sedikit tersasar biarpun penjaga gol sudah tertewas. 

Melihat keadaan semasa tanpa jaringan, babak kedua kelihatan lebih menarik selepas kedua-dua pasukan mula bermain lebih agresif. 



Jaringan yang dicari oleh tuan rumah akhirnya berjaya pada minit pada ke-50 menerusi sepakan penalti dan Marc Klok tidak persia peluang terbaik tersebut. 

Jaringan tersebut membuat penyokong tuan rumah semakin bersemangat dan terus bergembira. 

Skuad bimbingan Mano Polking yang dalam usaha untuk mencari gol penyamaan menerima tamparan hebat apabila pemain mereka, Sanrawat Dechmitr menerima kad merah selepas melakukan kekasaran kepada pemain Indonesia. 

Ini memberi kelebihan buat tuan rumah untk mencari gol tambahan sementara Thailand pula berada dalam suasana sedikit tertekan. 



Bagaimanapun anak didik Polking, Sarach Yooyen berjaya menyamakan kedudukan apabila rembatan deras dari luar kotak gagal diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia pada minit ke-79.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan untuk mereka berpuas hati berkongsi satu mata. - KitaReporters


Kredit Foto : FB Thailand Football Association 

9
19
0
19
0
You will be interested