Seni & Sukan 12 Feb, 2023

Kalau dah jodoh! Bertemu pada GV9, kemudian bercinta! Kini Fuad, Tom akan disatukan sebelum Ramadan!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JIKA sebelum kisah percintaan Fuad Rahman dan Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom begitu hangat serta mendapat perhatian dalam media sosial serta warganet dan peminat masing-masing berkenaan hubungan mereka ini. Kini difahamkan bahawa mereka bakal menamatkan alam percintaan dengan ikatan yang sah dalam masa terdekat. 

Kisah percintaan mereka mula sejak Gegar Vaganza 9 (GV9) di mana kedua-duanya adalah peserta dalam program tersebut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza


Namun ketika di GV, ia tidak terlalu heboh dan semuanya bermula selepas tamat program tersebut. Bermula dari kawan biasa, kawan rapat dan akhirnya bakal disatukan sebelum Ramadan 1444H ini.

Menurut Fuad, memandangkan bulan puasa semakin hampir, perkara wajib akan diberi perhatian terlebih dahulu dan majlis itu boleh diadakan selepas raya nanti. 

Tindakan mereka adalah sesuatu yang tepat kerana akad nikah lebih penting dan dapat menjalani ibadah puasa bersama-sama sebagai suami isteri. 



Fuad yang terkenal lagu 'Bila Rindu' manakala Tom pula dengan 'Lagu Untuk Kuala Lumpur' sebelum ini pernah berkahwin dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan cahaya mata. Malah kisah Tom yang mencari anaknya juga berjaya ditemui hasil menyertai GV. 

Semasa menyertai GV9, Tom menamatkan cabaran kedudukan ke-10 sementara Fuad pula berada kedudukan kelapan daripada 13 peserta yang menyertainya. 

Ternyata ia merupakan rezeki buat diri mereka bukan sahaja berjumpa dengan anak Tom yang sudah lama terpisah tetapi jumpa sekali jodoh dalam program yang sama.  

Moga kisah percintaan mereka ini akan kekal sehingga jannah dan dipermudahkan semuanya. - KitaReporters


12
10
0
15
0
You will be interested