Kehidupan terasa kosong tanpa isteri dan anak-anak walaupun hidup selesa dengan harta benda. Begitulah dialami seorang pengusaha bernama Rae Suryana, 66, dari Tasikmalaya, Jawa Barat.
Rae Suryono berharap sayembara mampu menyatukan kembali hubungan damai keluarganya
Sebanyak 11 mediasi di mahkamah syariah telah dijalankan namun tidak berjaya. Isteri dan anak-anak hanya meminta peguam hadir dalam proses mediasi.
Setelah mediasi di mahkamah menemui kegagalan, Rae meminta pandangan orang ramai bagi memastikan rumah tangganya kembali rukun. Untuk itu Suryono mengadakan ‘sayembara (pertandingan) damai’ dengan menawarkan hadiah bernilai Rp 250 (kIra-kira RM77,000).
Bagi membuktikan keseriusannya, Rae melakukan rakaman video dalam media sosial dan membuat ia tular.
Walaupun beberapa sayembara sudah diterima, namun ia Rae masih belum menerima pandangan yang tepat untuk pendamaian keluarganya.
Suryana masih meneruskan sayembara itu tanpa menetapkan tarikh penamat kerana yakin naskah yang bernas akan tetap diperoleh.