SEBUAH video menunjukkan gelagat seorang pak cik yang mengambil ubat macam secara drive-thru (pandu lalu) di kaunter sebuah klinik kesihatan dengan menaiki ATV atau kenderaan serba rupa bumi mencuit hati orang ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial.
Tapi boleh ke begitu? Kita tunggu reaksi dan respons dari Kementerian Kesihatan (KKM).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kenderaan ATV
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @AdwinWidanta yang berkongsi videeo @zeelen2, kelihatan pak cik itu mengambil ubat sambil menunggang kenderaan ATV melalui perkhidmatan kaunter yang disediakan oleh sebuah klinik kesihatan.
Reaksi selamba beliau sejurus mengambil ubat dengan undur kenderaan pacuan empat roda itu mencuit hati orang ramai.
Rata-rata pengguna media sosial amat terhibur dengan gelagat pak cik itu dengan memberi pelbagai reaksi sehingga menjadi tular dalam laman aplikasi Twitter dengan 170,000 tontonan.
“Lepas ini ada alasan kukuh untuk beli ATV dan letak satu di rumah. Nak pergi beli ubat,” ujar @haha_hafizz.
“Lepas ambil ubat mesti terus wheely je masjid,” tulis @Waibesocmed.
“Saya melihat dari sudut perspektif yang berbeza. Pak cik ini mungkin tidak sempurna fizikal. Bergantung kepada kekuatan satu kaki untuk bergerak itu sebab naik ATV. Kerana mak ayah saya pergi mana-mana pun naik ATV,” kata @AimiMonu. - KitaReporters