Seni & Sukan 28 Aug, 2022

Syabas Komuniti Keluarga Malaysia Kpg Kayu Kelat! 200 sertai sukaneka merdeka! Pupuk rasa kejiranan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


Pertandingan mewarna mendapat sambutan kanak-kanak Tabika


KEGHAIRAN rakyat negara ini menganjurkan aktiviti berkonsepkan kemerdekaan semakin mendapat perhatian apabila pelbagai pihak mengambil peluang mengadakan aktiviti menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 yang bakal diraikan di seluruh negara pada 31 Ogos 2022 ini.

Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Kayu Kelat dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut, Terengganu, turut menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan tersebut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti Keluarga Malaysia

Acara mencari gula-gula dalam tepung gandum


Ahmad Suazeli Mohamad


Gabungan dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) terbabit menganjurkan sambutan Bulan Kemerdekaan ternyata meriah dan mendapat sambutan penduduk setempat.

Pengerusinya, Ahmad Suazeli Mohamad berkata,  program dengan pengisian membabitkan acara sukaneka yang berlangsung di Taman Perumahan kampung berkenaan membangkitkan semangat kesukanan dan kejiranan dalam kalangan peserta.

Katanya, lebih 200 peserta termasuk kanak-kanak, wanita dan golongan usia emas mengambil bahagian dalam 25 acara sukaneka yang dipertandingkan.


Wan Arif Fadila menyampaikan hadiah kepada seorang kanak-kanak yang memenangi pertandingan sukaneka


Program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Besut itu dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah, Wan Arif Fadila Wan Yusof. 

Menurut Ahmad Suazeli lagi, penganjuran program tersebut bertujuan membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan penduduk setempat selain dapat melahirkan masyarakat cergas dan sihat. 

Menerusi aktiviti sukaneka itu pihaknya banyak mengetengahkan acara sukan tradisional sebagai usaha untuk menarik minat golongan remaja yang kebanyakannya sudah lupa dengan permaainan tradisional,” katanya. - KitaReporters


Peserta acara sukaneka yang disertai kanak-kanak dan orang dewasa

22
13
2
8
0
You will be interested