Seni & Sukan 02 Sep, 2022

Video| Liga Super 2022: Sabah FC jarakkan kedudukan! Ikat juara AFC Zon ASEAN, 2-2! Kongsi 1 mata!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Sabah Football Club (FC) terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di  Stadium Likas, Sabah pada malam tadi, 1 September 2022.

Bagaimanapun, KL City mengejutkan tuan rumah terlebih dahulu apabila berpunca daripada sepakan percuma dan pemain pertahanan, Giancarlo Gallifuoco menanduk masuk untuk meletakkan skuad kendalian Bojan Hojak di depan pada seawal minit ke-5. 

KL City terus menekan barisan pertahanan Sabah dalam usaha mencari gol kedua dan menpunyai beberapa peluang namun ia tidak berjaya. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super

Kredit foto-foto: MFL


Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang tersentak dengan jaringan awal itu cuba bangkit kembali dengan memperkemaskan rentak permainan dan menyusun kembali serangan. 

Selepas 25 minit permainan, Sabah mula menguasai permainan dan mereka mempunyai deretan peluang namun mempersiakan begitu sahaja. 

Bermula babak kedua, Sabah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila menerusi satu serangan balas pantas dan Dominic Tan menceriakan penyokong tuan rumah pada minit ke-46. 

Dalam Sabah terus menerus mengatur serangan KL City sekali lagi menghukum kelalaian pemain Sabah apabila berpunca daripada bola mati dan ketua pasukan mereka, Paulo Josue sekali memainkan peranan penting apabila sepakan percuma beliau berjaya ditanduk masuk oleh Muhammad Akram Mahinan untuk kembali mendahului 2-1. 



Sabah yang terdesak dalam mencari gol penyamaan, kemasukan Amri Yahyah ternyata memberi impak positif kepada anak buah Ong Kim Swee dan mereka terus mempertingkatkan serangan. 

Jaringan yang dicari akhirnya tiba melalui satu jaringan cantik daripada Saddil Ramdani melalui sepakan percuma yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol KL City pada minit ke-85. 

Biarpun hanya satu mata sahaja dipungut oleh Sabah namun ia sangat penting untuk mereka terus menjarakkan kedudukan dari pesaing yang lain. - KitaReporters


19
11
0
9
0
You will be interested