Seni & Sukan 20 Sep, 2022

Video| Buatmu mama! Usaha keras si rider! Untuk ganti blender ibunya yang rosak! Berniaga jus buah!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


PERKONGSIAN seorang rider (penghantar makanan) berusaha keras untuk mengumpul wang bagi menggantikan ‘blender’ (alat pelumat) ibunya yang telah rosak untuk menjalankan perniagaan jus buah membuatkan orang ramai sebak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @ikkyalp, kelihatan beliau gigih bekerja siang dan malam sehingga berjimat untuk perbelanjaan makan untuk memastikan wang mencukupi membeli barang keperluan ibunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu atau mama



Pagi tadi saya melihat blender mama rosak. Ini duit kerja keras saya belikan mama blender baru.

“Sama-sama kita berjuang mencari rezeki,” ujarnya.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial turut merasa sebak serta mendoakan kedua-dua mereka dimurahkan rezeki.



“Ketika orang tua kita tersenyum kerana kita bahagia, maka Allah juga tersenyum kepada kita,” kata @WRZBOYS.

“Alhamdulillah semoga mama nya sukses selalu, panjang umur seta dimuliakan dunia akhirat,” tulis @nurulwahyudi.

“Semangat bang demi mencari sesuap nasi,” jelas @kkuz. -  KitaReporters


14
11
0
10
0
You will be interested