.

Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei. Tarikh 16 Mei dipilih kerana kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.
Dokumen yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. Setiap tahun guru-guru dan pelajar seluruh negara menyambut hari itu di sekolah-sekolah.
Dan mulai 1998, lagu ‘Kami Guru Malaysia’ berkumandang disampai dengan penuh semangat oleh para guru ketika majlis berlangsung kerana melodi dan liriknya menarik dan mudah dikuti dengan bersemangat.
Namun pasti ramai golongan guru dan pelajar tidak mengetahui siapakah pencipta melodi dan lirik lagu ‘Kami Guru Malaysia’.

CIKGU HASHIM AHMAD

Menurut anaknya, Azlinda dalam akaun Facebooknya, ayahnya ketika hayatnya enggan dikenali sebagai pencipta lagu itu.
Tambah Azlinda, ketika itu barulah Ketua Pengarah Pendidikan tahu siapa pencipta sebenarnya dan dijemput bertemu di pejabatnya.

Menurut Cikgu Hashim, dia mendapat melodi itu apabila ilhamnya muncul secara spontan. Cuma untuk menyusun liriknya mengambil sedikit masa.
Setelah itu, lagu ‘Kami Guru Malaysia’ dijadikan lagu wajib setiap perayaan Hari Guru. Cikgu Hashim bukan sahaja menguasai bidang muzik, malah juga boleh melukis. Dia juga menguasai alat muzik saksofon, trompet dan gitar.
Anak kelahiran Tanjung Tokong, Pulau Pinang dan bekas pelajar Penang Free School ini mengajar sekurang-kurangnya 10 sekolah di Pulau Pinang dan Kedah kerana dia adalah guru muzik beredar (bergerak) dan mengakhiri tugas sebagai guru besar di dua sekolah di Kedah.

Cikgu Hashim mula mencipta lagu sejak awal tahun 1960-an. Pada 1961 dia menyertai pertandingan lagu terbitan Radio Malaya. Ia merupakan penyertaan pertamanya dalam bidang penciptaan.

Nota lagu yang asalnya diberi nama 'Guru Malaysia'
Facebook Azlinda bagaimanapun tidak menyatakan bila ayahnya Cikgu Hashim meninggal. Usaha mendapatkan penerangan lanjut mengenai ayahnya dan gambar terbaharu sebelum meninggal tidak kesampaian apabila Azlinda tidak membalas jawapan melalui emel yang diperoleh sehingga rencana ini ditulis.