Pertubuhan Muafakat Anak Muda Sik (PEMASIK) dengan kerjasama Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Al-Nur Jannah Sik akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah pada 31 Januari 2026 bertempat di Kompleks Sukan Perdana, Majlis Daerah Sik, Kedah.

Pengarah kejohanan, Adli Adnan berkata, Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat bola sepak tempatan, malah turut membawa misi kebajikan dengan membantu golongan istimewa di PDK Al Nur Jannah Sik.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah kutipan kejohanan akan disalurkan terus ke dalam Tabung PDK Al-Nur Jannah bagi menyokong operasi dan program pemulihan yang dijalankan.
“Kejohanan ini diperkasakan lagi dengan kerjasama strategik bersama The Cabin Cetak. Berpangkalan di Sik, syarikat ini merupakan pakar dalam penyediaan pakaian sublimation, cenderahati, serta trofi kejohanan.
“Sumbangan mereka merangkumi penajaan pingat dan kelengkapan urus setia, sekali gus membuktikan komitmen The Cabin Cetak dalam menyokong pembangunan bakat muda tempatan.
“Kami menyeru kepada syarikat korporat atau orang ramai untuk menyumbang dalam penganjuran kejohanan ini kerana sebahagiannya akan disalurkan kepada PDK Al0-Nur, bermain sambil menderma,” katanya dalam satu kenyataan di Sik pada 13 Januari 2026.

Kejohanan itu hanya terbuka kepada 32 pasukan dengan yuran penyertaan RM250 bagi setiap pasukan dan sehingga kini 20 pasukan termasuk dari Pulau Pinang telah mengesahkan penyertaan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Januari 2026.
Hadiah adalah seperti berikut:
- Johan – RM3,000, medal dan trofi
- Naib Johan – RM1,500, medal dan trofi
- Tempat Ketiga – RM700 dan hamper
- Tempat Keempat – RM300 dan hamper
Orang ramai, pasukan bola sepak dan kelab-kelab sukan tempatan dijemput untuk menyertai kejohanan ini sebagai satu usaha menyemarakkan sukan akar umbi serta menyumbang kepada kebajikan komuniti.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Adli menerusi talian 01129619374, Acap (01115454736) atau layari Facebook Radek Pemasik. - KitaReporters/Kenyataan Media