Seni & Sukan 20 Dec, 2025

Lorong Seni Seremban berdiri megah! Mural terpanjang di Malaysia! Diiktiraf MBOR dan antarabangsa!

Share this

Lorong Seni Seremban, di Seremban, Negeri Sembilan kini merupakan laluan mural terpanjang dalam Malaysia dan telah berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).


Salah satu lukisan mural yang menarik di Lorong Seni Seremban.

Laluan sedia ada turut membuka ruang untuk menambah pendapatan pengusaha kecil tempatan

Lorong Seni Seremban berdiri megah sebagai laluan mural terpanjang sejauh 1 kilometer dengan menampilkan sekitar 50 karya seni mural oleh artis tempatan.

Bermula sebagai inisiatif penambahbaikan bandar pada tahun 2019, lorong ini telah berkembang menjadi ruang awam yang menghubungkan seni, komuniti dan identiti bandar Seremban.

Lorong Seni Seremban yang siap pada tahun 2024 selepas pembangunan yang bermula pada tahun 2019, kini menjadi salah satu destinasi  tarikan pelancongan menarik di Negeri Sembilan.


Nostalgia filem 'cowboy' turut menjadi ekspresi menarik pelukis.

Satu lagi mural menarik yang berjaya dizahirkan di Lorong Seni Seremban.

Projek yang menelan kos sebanyak RM2.5 juta dengan lebih 50 mural yang majoritnya adalah nukilan pelukis tempatan mempamirkan elemen budaya, warisan serta identiti lokal.

Malah pengiktirafan MBOR pada 13 Disember 2025 lalu membuka lebih banyak ruang kepada penggiat seni dan pengusaha kecil tempatan untuk mempromosikan produk mereka melalui Lorong Seni itu yang telah sedia mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negeri.


Ekspresi seni yang indah turut dipaparkan sebagai salah satu elemen yang menarik

Satu lagi ekspresi seni menarik yang berjaya dilakarkan.

Lebih menarik lagi Lorong Seni Seremban turut memenangi pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi 'international Apple Award  2025' pada 19 November 2025 melalui Majlis Bandaraya Seremban di London, United Kingdom. - KitaReporters


Lorong Seni Seremban yang menjadi daya tarikan baharu ke Seremban kini.

8
13
0
10
0
You will be interested