Seni & Sukan 10 May, 2023

Bicara Seni| YKAT kena berubah! Cara sumbangan bantu artis! Jadi penyelaras artis terbiar, veteran!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Daripada sejumlah persatuan dan badan kebajikan artis di negara ini, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) adalah antara yang paling aktif.

Sejak 11 tahun ditubuh iaitu pada 2013, YKAT berjaya memberi sumbangan kepada sekitar 15 artis pada setiap Aidilfitri dengan lebih separuh diberi kepada artis keturunan Melayu.
Syarat bagi menerima sumbangan ini tidak berubah iaitu penerima perlu mendaftar sebagai ahli setelah menerima sumbangan.

Misalnya pada tahun 2023 antara penerima sumbangan ialah pelakon Zulkifli Ismail dan penyanyi  kumpulan BPR,  Joey.



Namun cara YKAT memberi sumbangan dan mendapatkan dana perlu dikaji semula. 

Tiada erti memberi sumbangan kepada artis yang sudah berusia 60 tahun, sedangkan sejumlah artis itu masih mencari rezeki dengan bergiat dalam bidang muzik atau lakonan.

Masih banyak insan seni yang hidup tidak selesa dan memerlukan bantuan. Merekalah yang patut dibantu oleh YKAT walaupun berusia di bawah 60 tahun.

Dengan semakin sukar mendapatkan tajaan, YKAT perlu mencari cara lain untuk mendapat sumber kewangan dan ia memerlukan kerjasama insan seni yang masih aktif.

Antara perkara yang boleh dilaku YKAT ialah mengadakan persembahan hiburan eksklusif dan mendapatkan program TV. 

Artis-artis yang mengambil bahagian perlu menganggap ia sebagai sumbangan amal dengan hanya menerima bayaran saguhati (token).

Artis-artis yang mengambil bahagian perlu menganggap memberi sumbangan amal terhadap rakan-rakan seni yang bermasalah dan dalam kesusahan.


Dari kiri, DJ Dave, Nancie Foo dan Nash

YKAT juga perlu menjadi penyelaras bagi memberi peluang kepada arts-artis ‘terabai’ mendapat peluang berlakon dan menyanyi.

Ia akan memberi sumbangan besar terhadap artis-artis terabai berbanding dengan hanya memberi sumbangan RM1,000 sekali seumur hidup.

YKAT perlu menetapkan kadar bayaran minimum terhadap artis veteran untuk muncul dalam drama, filem atau pertunjukan pentas. Juga kadar bayaran istimewa jika seseorang artis veteran muncul sebagai pelakon undangan.

YKAT yang diasaskan oleh Datuk DJ Dave (Irwan Shah Abdullah) turut mempunyai 10 ahli Lembaga Pemegang Amanah berbilang kaum.

Mereka ialah DJ Dave, Datuk  M Nasir, Datuk Nash, Datuk Yusof Haslam, Datuk Nancie Foo, Maj Jen Datuk Khairudin, Dr. Kanagarajan dan Colin Edmonds.

Manakala dua pemegang Amanah yang baru iailah Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Hj Zainuddin (Naib Canselor Univercity College Of Yayasan Pahang) dan Datuk Andrew Lim Tatt Keong (CEO Sogo). - KitaReporters


11
9
0
12
0
You will be interested