Seni & Sukan 10 Oct, 2023

Video| Nur Risteena jadi penyondol? Kata Ruhainies! Seloroh sahaja! Selepas kena hempuk orang utan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Kalau anda kenal pelakon adik-beradik Ruhainies dan Nur Risteena, pasti tahu gelagat mereka yang suka menyakat antara satu sama lain. 

Ada sahaja akal mereka mengusik sesama sendiri. Namun, itulah kasih sayang antara adik-beradik yang perlu dicontohi. Dua-dua mempunyai sifat manja dan penyayang. 

Pada 7 Oktober 2023, Nur Risteena yang juga isteri kepada Isa Khan memuat naik satu video dalam Instagram. Video tersebut menunjukkan Nur Risteena bersama suami sedang mengambil video romantiknya berlatarbelakangkan seekor orang utan.


Nur Risteena kelihatan terkejut kerana dihempuk orang utan.


Namun tanpa disangka-sangka, orang utan tersebut bertindak menghempuk kepala Nur Risteena. Tingkah laku spontan orang utan tersebut membuat Nur Risteena dan suami terkejut namun mereka kelihatan ketawa besar.

Aksi tersebut mengundang gelak tawa pengikutnya dalam Instagram termasuk adiknya sendiri yang juga pelakon popular, Ruhainies dan rakan-rakan artis lain. Menurut Nur Risteena, hempukan tersebut agak kuat dan menyakitkan.



Manakala Ruhainies pula mengambil kesempatan berseloroh dan menyakat kakaknya itu dengan mengatakan bahawa orang utan tersebut berbuat demikian kerana menyangkakan Nur Risteena penyondol yang merampas suaminya.

“Dia ingat you penyondol ambil laki dia,” tulis Ruhainies.



Kemudian Nur Risteena membalas komen tersebut dengan menjelaskan pukulan tersebut menyakitkan. Tidak mahu mengalah, Ruhainies kembali memberi komen balas yang sangat melucukan.

“Siapa suruh cari muka sama macam boyfriend dia. Kihkih @theisakhan wekkk,” seloroh Ruhainies.



Tak pasal-pasal abang ipar pun kena sekali. Begitulah gelagat dua beradik ini yang menghiburkan. Bagaimana dengan anda? Adakah hubungan antara beradik serapat mereka atau sebaliknya? - KitaReporters

Hubungan antara dua beradik ini sangat rapat.

8
15
0
14
0
You will be interested