Seni & Sukan 22 Jun, 2020

Opocot! Terperanjat mak! Landskap guna arca tubuh manusia!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

TAHUKAH kita bahawa wujudnya hiasan taman pepokok hijau (landskap) adalah bertujuan memberi ketenangan jiwa daripada keriuhan suasana bandar yang sentiasa sibuk dan padat. Dengan terbentuknya  hiasan atau taman kecil di rumah, secara tidak langsung dapat melegakan hati yang sedang duka dan lara. : KitaReporters


Setuju tidak jika penulis mengatakan landskap yang menarik dihiasi dengan panorama yang penuh estetik mampu menghadirkan 'mood' yang luar biasa berlainan.

Kicauan bunyi burung yang menghinggap, rama-rama yang terbang berwarna -warni datang menyerikan hiasan landskap yang terbentuk.

Romantik dan nyaman sangat!

Kredit foto: IG #landskaptaman


Namun ada juga cita rasa individu yang berlainan dan pelik dengan menghiasi hiasan tamannya dengan potongan arca tubuh manusia berbentuk anggota badan mengikut bahagian tertentu.

Ramai agaknya yang tertanya-tanya apakah panorama sebegitu mampu menenangkan jiwa pemilik??

Kredit foto: FB @Kelantan


Ataupun tuan rumah sengaja berbuat demikian bagi tujuan menakut-nakutkan anaknya dari keluar malam dengan menghiasi tamannya sebegitu.

Berhusnuzonlah!

Ya! Mungkin kita boleh melabelkan cita rasa pemiliknya gemar dengan sesuatu yang menyeramkan.

Tetapi suka diingatkan bagi yang lemah semangat dan mempunyai masalah jantung mungkin hiasan sebegitu memberi risiko yang tidak terduga terutama bagi tetamu yang hadir.



Antara arca badan manusia yang  menghiasi panorama landskap pemilik


Jika hiasan sebegitu dipaparkan di hadapan rumah mungkin ia kurang wajar dengan keadaan sosial kita ziarah menziarahi tidak kira masa.

Namun jika landskap itu dihiasi di bahagian yang terlindung, mungkin ia sesuai dan boleh dilabelkan sebagai hobi kecil suka-suka pemilik tersebut.

Sementara itu, dalam ruangan komentar heboh netizen menyokong perbuatan pemilik itu dengan hiasannya yang seram dan pelik.

Mereka turut mengandaikan hiasan sebegitu mampu menakutkan pencuri yang berniat jahat terhadap keluarga mereka.


Komentar dari netizen terhadap landskap hiasan itersebut


Tidak kurang juga kepada pemilik dan keluarganya yang terlupa akan hiasan sebegitu pada waktu malam selepas menonton filem seram.

Pastinya akan menegakkan bulu roma juga. 

Walau bagaimanapun apa jua cita rasa kita seharusnya perlu berwaspada kot-kot ada yang tidak senang dengan perbuatan kita lalu memusnahkan hiasan yang penuh 'estetik' tanpa disedari. 

Secara jujurnya hiasan arca itu unik serta menarik, tetapi tidak wajar dihiaskan dalam keadaan hidup berjiran dan bersilaturrahim.

Bukan apa kot kalau-kalau ada ahli keluarga terbawa-bawa dalam tidur, termimpi dan mengingau dek kerana arca yang menyeramkan itu. 

Tidakkah menjadi suatu penyesalan kurang cerdik kita gara-gara perbuatan pelik itu??  Kus semangat!!  - KitaReporters

2
0
0
6
1
You will be interested