Gaya Hidup 12 Oct, 2021

Gerobok Rezeki Taman Danau Kota masih beroperasi! Penduduk masih boleh ambil bantuan makanan!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

BARANGAN makanan asas siap dibungkus untuk mereka yang memerlukan di Gerobok Rezeki Danau Kota, Setapak.


GEROBOK Rezeki Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 19 Jun 2021 sepatutnya sudah ditutup kerana jumlah yang memerlukan sumbangan makanan asas sudah menurun. Matlamat membantu golongan yang terkesan lantaran pandemik Covid-19 berjaya dipenuhi. 

Ramai yang telah mendapat rahmat bantuan daripada gerobok ini bagi meringankan beban yang ditanggung. Pelbagai barang keperluan asas termasuk beras, tepung, gula, minyak masak, telur, bihun dan sardin diagihkan kepada mereka.

Dengan keadaan Covid-19 kian bertambah baik dan angka jangkitan harian menurun, jumlah mereka yang datang mendapatkan bantuan juga berkurang. Jumlah sumbangan barang daripada penderma juga berkurang, tetapi masih ada.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bank makanan

ANTARA stok barangan asas di Gerobok Rezeki Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.


Bagaimanapun menurut salah seorang ahli jawatankuasa Gerobok Rezeki, Guli Tahir, keputusan diambil untuk gerobok terus dibuka dan sumbangan masih diteruskan. Ini kerana setiap kali barangan hampir dihabis, ada sahaja dermawan menghulur bantuan.

“Mungkin ini memang rezeki mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Kami akan terus menghulur sumbangan selagi ada bekalan,” katanya.

Menurut beliau, operasi gerobok masih dikekalkan seperti sebelum ini iaitu tiga hari seminggu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Namun kaedah pemberian sumbangan kini diubah suai. Jika dahulu mereka datang dan memilih barang keperluan dengan dipantau, kini barang sumbangan sudah siap dibungkus. Penerima cuma perlu datang mengambil.

“Setiap hari sebanyak 10 bungkusan bahan makanan disediakan. Bagaimanapun jika ada keperluan, jumlah ini akan ditambah,” kata Guli.

Menurutnya, jumlah 10 bungkus ini biasanya akan habis diambil sekejap sahaja yang bermakna memang masih ada yang memerlukan bantuan makanan untuk keluarga.

“Kerana itu jika ada sokongan dan sumbangan berterusan daripada para dermawan, kami bersedia meneruskan operasi gerobok ini walau pun dalam skala kecil,” katanya.

Jika ada sesiapa yang berhajat memberi bantuan untuk membolehkan Gerobok Rezeki Danau Kota terus beroperasi bolehlah datang ke tempat operasi gerobok di kabin taman permainan kanak-kanak Danau Kota. Bantuan anda sangat dihargai demi kelangsungan hidup mereka yang memerlukan. - KitaReporters


GULI TAHIR

11
9
0
20
0
You will be interested

Mencari bekalan akhirat! Qudwah, NGO bergabung kongsi rezeki! Kempen Jejak Prihatin, Rindu Masjid

Qudwah Technology dan Pertubuhan Kebajikan Kepada Kemanusiaan bekerjasama salurkan bantuan kepada pelbagai golongan memerlukan menerusi Kempen Jejak Prihatin

Rosdi Ismail in Gaya Hidup 2 days ago

Tolong kami! Bantu Pondok Bidayatul Hidayah Kundasang! Bina surau baharu demi keselamatan pelajar

Pondok Bidayatul Hidayah (PBH), Kundasang, Sabah memohon sumbangan untuk pembinaan surau baharu. Kewangan yang ada belum mencukupi.
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Urban Method kembali setelah 'koma' 15 tahun! Lahirkan 'Domo Arigato' tanda terima kasih!

Kelahiran semula kumpulan hip hop, Urban Method diibaratkan seperti terjaga daripada koma 15 tahun dan dengan peluang kedua diberikan itu lahirnya Domo Arigato
Fariza Saidin in Gaya Hidup 21 hours ago

Terima kasih JPKD Kemelah, PKP Segamat! Penghantar makanan sekitar Segamat dapat minyak percuma!

Lebih 100 penghantar makanan di sekitar Segamat mendapat minyak motorsikal percuma melalui penganjuran Program Isi Minyak Motor Percuma anjuran JPKD Kemelah
Mohamed Sa'ari in Gaya Hidup 1 day ago

Demi koleksi parang ‘Tok Guru’! Usahawan perabut kayu sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit!

Azah@Azahari Abdul Jamal belanja puluhan ribu ringgit demi dapatkan ratusan bilah parang dihasilkan tukang parang gurunya Ali Jamuk atau Pak Ali sebagai koleksi
Mohamed Sa'ari in Gaya Hidup 1 day ago