Seni & Sukan 04 Feb, 2021

PKP 2.0 disambung: Adibah Noor berasa bimbang, perlukan kerja! Netizen sarankan jadi Youtuber

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MELALUI hari-hari pada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bukanlah sesuatu yang menyeronokkan lagi-lagi bagi mereka yang bekerja sendiri semesti dilalui dengan penuh debaran. Terbaru tempoh PKP disambung lagi selama dua minggu lagi sehingga 18 Februari 2021 depan.

Bagi yang berpendapatan tetap mungkin mereka boleh bersyukur dan berlapang dada tetapi mungkin tidak bagi mereka yang bekerja sendiri yang memerlukan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kisah sama turut dilalui pelakon dan penyanyi, Adibah Noor yang melahirkan rasa kebimbangan dengan perjalanan yang perlu diharungi sepanjang tempoh PKP 2.0 ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Adibah Noor:

https://kitareporters.com/search?search=adibah+noor



Pelakon yang berusia 50 tahun itu kemudian memuat naik keresahan hati dalam Twitter miliknya baru-baru ini.

Menurut Adibah, dia tidak pasti adakah dirinya masih kuat untuk melalui zaman getir dan memerlukan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan.

“Allah, saya tidak tahu saya boleh melalui semua ini atau tidak. Saya perlukan kerja,” kongsinya.

RISAU mahu meneruskan kehidupan selepas PKP diteruskan lagi selama dua minggu. - Kredit foto: Twitter @adibahnoor


Pada November tahun 2020 lalu, bekas guru Bahasa Inggeris itu berdepan masalah kesihatan sehingga menyebabkan bibirnya senget berikutan masalah saraf. 

Berkongsi dengan apa yang berlaku, Adibah berkata serangan itu terjadi ketika dia sedang berkumur untuk menggosok gigi.

Namun bersyukur tidak dimasukkan ke hospital dan hanya menjalani rawatan fisioterapi.



Kesedihan yang diluah itu mendapat reaksi ramai pengikutnya dalam Twiiter dan rata-rata netizen meminta dia terus positif meneruskan perjalanan hidupnya.



Malah ada yang memberi idea supaya dia menjadi Youtuber dan mempunyai saluran peribadi yang boleh berkongsi kebolehan dalam berbahasa Inggeris.

Betul jugak tu! Gunakan kebolehan yang ada pada saat getir ni.

Malah ada juga berpandangan supaya dia membuat kelas tuisyen secara dalam talian kepada murid-murid sekolah.

Wah bagus jugak idea netizen ni.

Semoga idea-idea bernas itu memberi semangat dan terus mencari peluang kepada penyanyi yang comel itu.

Good Luck sis! - KitaReporters


2
2
0
0
0
You will be interested