Cef Wan bergambar dengan sebahagian petugas kesihatan di KLIA. - Kredit foto: IG Chef Wan
BIASANYA pulang bercuti, apalagi di luar negara, seseorang akan tenang fikirannyanya. Namun ini tidak berlaku kepada cef selebriti terkenal Datuk Cef Wan yang jadi berserabut.
Pembantu rumah dan pemandunya diberi gaji agak tinggi namun tidak menjalankan tugas dengan baik menyebabkan dia terpaksa bertindak tegas dengan memecat kedua-duanya.
Lagi cerita-cerita menarik
Selepas menjalani kuarantin, Cef Wan terus pulang ke rumahnya.
Tugas menjaga pokok-pokok bunganya diserah kepada pemandunya dengan diberi tambahan RM500 untuk tujuan penjagaan bunga selain gaji tetapnya.
CEF Wan jadi serabut selepas pokok-pokok bunga yang jadi kesayangannya bertukar kering dan mati.
Pembantu rumah diberi gaji RM1,800 sebulan dan hanya bekerja 3 hari seminggu dan cuma 4 jam sehari. Sementara drebarnya diberi tambahan RM500 daripada gaji asalnya sebagai pemandu.
Ketika dia bercuti di Turki, pemandu berehat daripada tugasnya dan hanya diminta menjaga bunga-bunga yang ditanam di tamannya.
Untuk memastikan kejujuran drebarnya, Cef Wan melihat kamera liar tertutup (CCTV) yang menghurai penipuan kata-kata drebarnya.
Drebar itu juga bercuti beberapa hari dengan alasan seperti mengambil suntikan vaksin dan beberapa alasan lain. Kerana begitu kecewa, Cef Wan terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja terbabit.
Cef Wan meluahkan cerita dan kekecewannya dengan panjang lebar kebanyakan dalam bahasa Inggeris dalam Instagramnya untuk dijadikan pengetahuan orang ramai.
Cef Wan kini terpaksa berhati-hati dalam mencari pekerja yang jujur dan tidak mahu peristiwa pahit bagi dirinya berulang. - KitaReporters