Seni & Sukan 12 Feb, 2022

Alamak! Gara-gara bosan! Pengawal keselamatan conteng lukisan bernilai RM4.2j! Akhirnya dipecat!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

LUKISAN asal Anna Leporskaya yang diberikan tajuk 'Three Figures'


GARA-GARA bosan pada hari pertama bekerja, seorang pengawal keselamatan bertindak 'mencantikkan' sebuah lukisan amat mahal dengan meletakkan sepasang mata pada lukisan berkenaan.

Kejadian yang berlaku di balai seni lukis Rusia itu menyebabkan lukisan mewah dan bernilai £740,000 (kira-kira RM4.2 juta) rosak.

Memetik Daily Mail, dua biji mata itu dilukis menggunakan pen mata bulat di atas hasil seni Anna Leporskaya yang diberi tajuk 'Three Figures'


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan hasil lukisan


KERJA tangan pengawal keselamatan  yang melukis 'mata' pada lukisan yang karya dihasilkan sekitar tahun 1932 hingga 1934.


Three Figures’ karya pelukis Anna Leporskaya itu dilukis sekitar tahun 1932 hingga 1934, telah diinsuranskan pada harga USD$1.3 juta (kira-jkira RM5.4 juta).  

Alamak!

Malah lukisan itu juga adalah salah satu lukisan yang sedang dipamerkan di Boris Yeltsin Presidential Centre, Ekaterinburg

Lukisan berkenaan asalnya mempamerkan figura 3 bentuk badan manusia tanpa wajah. 

Bagaimanapun identiti pengawal keselamatan yang bertanggungjawab membuat dua mata itu tidak didedahkah.

Lelaki yang dipercayai berusia 60-an itu dikatakan terlalu bosan pada hari pertama dia bekerja kerana mahu menghabiskan masa yang ada, pengawal keselamatan itu bertindak melukis 'mata' pada lukisan yang karya yang dipinjam oleh Balai Seni Lukis Tretyakov di Moscow.

Pengawal berkenaan yang ‘gatal tangan’ telah melukis mata pada lukisan tersebut dengan menggunakan pen

Bagaimanapun, lukisan mata tersebut hanya disedari dua pelawat yang mengunjungi balai seni lukis berkenaan pada 7 Disember 2021 lepas.



Sementara itu, pengarah galeri berkenaan, Alexander Drozdov, tidak menamakan pengawal tersebut telah memecat lelaki berkenaan daripada jawatan tersebut.

 “Motif beliau berbuat demikian masih tidak lagi diketahui tetapi ia satu perbuatan yang tidak masuk akal,” kata Drozdov.

Pihak polis  kini telah membuka kertas siasatan untuk perbuatan vandalisme tersebut dan jika sabit kesalahan, suspek berdepan denda sebanyak £395 (RM2,240) serta penjara selama setahun.

Menurut pakar lukisan yang memeriksa lukisan tersebut, mereka sedikit lega kerana lukisan mata itu tidak terlalu dalam dan masih boleh dibaik pulik. 

Lukisan tersebut berjaya dipulihkan, namun kos pemulihan dianggar berjumlah £2,470 (RM14,000) yang ditanggung syarikat keselamatan terlibat.

Nasib baik! ada penyelamat.

Leporskaya merupakan seorang pelukis yang merupakan pelajar artis tersohor Rusia, Kazimir Malevich yang terkenal lukisan-lukisan berbakat. - KitaReporters

14
11
1
12
0
You will be interested